Home » , » 20 gambar dan video pesawat Jupiter Indonesia terhempas ketika sesi latihan LIMA15

20 gambar dan video pesawat Jupiter Indonesia terhempas ketika sesi latihan LIMA15





LANGKAWI : Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi.

Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.

Difahamkan kedua-dua juruterbang sempat terjun dari pesawat dengan menggunakan payung terjun.

Pasukan penyelamat turut dikejarkan ke dua lokasi pesawat terhempas.
























http://khairulnizamnorain.blogspot.com/2015/03/20-gambar-dan-video-pesawat-jupiter.html







0 comments: