Kaki Pancing Trauma, Jumpa Tengkorak Hidup (10 GAMBAR)

Kaki Pancing Trauma, Jumpa Tengkorak Hidup (10 GAMBAR) | Di sebuah pelusuk pendalaman yang jauh dari kesibukan sebarang anasir-anasir yang berpusu-pusu mengejar kekayaan dunia terletaklah sebuah muara yang menghubungkan air sungai dengan air laut. Tempat begini tidak asing lagi kepada kaki-kaki pancing. Sudah menjadi lumrah alam muara-muara sebegini menjadi penghuni pelbagai kehidupan termasuklah pemangsa ganas iaitu buaya.


Bagi kaki pancing selalu mencari kawasan-kawasan sebegini untuk mencipta kepuasan yang maksimum, pesolanya.. bangaimana tentang keselematan tempat tersebut?

Baru-baru ini Kaki Pancing telah dikejutkan dengan penemuan mayat dalam keadaan sadis kesan dari serangan buaya, menurut dari pemerhatian, keaadaan mayat tersebut sudah lama dibaham buaya dan baru sahaja binatang tersebut memuntahkannya semula kerana keadaan perut buaya tidak dapat menampung tulang belulang tersebut.  Penemuan tersebut telah membuatkan kaki pancing tersebut trauma dan sewaktu membuat laporan, beliau mengatakan mayat yang separuh tengkorak separuh normal itu masih hidup.











VIDEO: Malang Tak Berbau Kanak-Kanak Terjatuh Celah Laluan LRT


VIDEO: Malang Tak Berbau Kanak-Kanak Terjatuh Celah Laluan LRT | Malang tidak berbau... Beringatlah kepada sekalian ibu bapa apabila bersama anak anda, sentiasalah tangannya dipegang untuk sebarang kemungkinan.

Kemalangan yang hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia 4 tahun ini berlaku di landasan LRT dimana seorang ibu dan anaknya baru sahaja keluar dari pengangkutan awam LRT. Sejurus LRT sampai di destinasi ibu si mangsa terus sahaja keluar tanpa menyedari anaknya terjatuh dicelah laluan LRT, mujur ibu mangsa sempat menyelamatkan anaknya daripada digilis LRT tersebut. Sama-sama kita saksikan video dibawah:



NGERI!!! Lombogini RM1.6j Rentung - VIDEO


NGERI!!! Lombogini RM1.6j Rentung - VIDEO | Kemalangan ngeri ini membabitkan sebuah Lamborghini Aventador yang pada mulanya mengalami kebakaran kecil di sebelah belakang kenderaan, orang ramai yang melihat kejadian itu menjerit kepada pemilik.. Tapi malangnya pemilik kenderaan tersebut terus berlalu pergi tanpa menyedari kereta Lamboghininya terbakar..

Saksikan Video dibawah bagaimana Lamborghini Aventador bernilai kira2 RM1.6j ini bertukar menjadi arang. Lokasi kejadian: Dubai Marina.



Saksikan bagaimana Lamborghini Aventador bernilai kira2 RM1.6j ini bertukar menjadi arang. Lokasi kejadian: Dubai Marina.
Posted by Wiki Rakyat on 6hb Oktober 2015


Maut!!! Kereta Terbabas Masuk Longkang


Maut!!! Kereta Terbabas Masuk Longkang | Muar: “Sebaik mendengar dentuman kuat, saya melihat sekumpulan lelaki meluru dan terjun ke dalam longkang sedalam dua meter untuk menyelamatkan mangsa,” kata saksi kemalangan maut membabitkan warga emas apabila kereta dipandunya terbabas masuk ke dalam longkang di Parit Buaya, Sungai Abong, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, Toyota Wagon dipandu Tan Hock Lock, 74, hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki longkang besar hingga terbalik.


Menurut saksi yang mahu dikenali Hashim, 50, sebaik mendengar dentuman, dia nampak sekumpulan lelaki terjun ke dalam longkang itu untuk membantu mengeluarkan mangsa. 

“Mangsa yang selamat dikeluarkan bagaimanapun meninggal dunia sebelum disahkan pasukan paramedik yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 


Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Muar Shapiee Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2 petang dan dua jentera membabitkan sembilan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi. - sumber


VIDEO: "Nyawa Dibayar Nyawa" 28 Kakitangan Arab Saudi Di Hukum Pancung Kerana Lalai Menjalankan Tugas


Mina- Nyawa dibayar nyawa itulah hukum di Arab. Dianggap lalai dalam menjalankan tugas hingga ratusan jemaah haji meninggal dalam tragedi Mina, sebanyak 28 petugas di lapangan harus menyerahkan kepala mereka di pengadilan Arab Saudi.

Ke 28 petugas Mina tersebut kabarnya dipancung, pada Jumaat (25/9/2015) atas perintah Raja Salman. Sayangnya disebalik hukuman pancung itu ada yang mengatakan mereka dikorbankan hanya untuk  menutupi kesalahan  Mohammad bin Salman Al Saud yang dituduh sebagai penyebab terjadinya tragedi Mina yang mengorbankan ratusan orang jamaah haji di Mina pada Kamis, 24 September 2015.

Mohammad bin Salman Al Saud adalah Wakil Putra Mahkota Kerajaan Arab Saudi yang sekaligus Menteri Pertahanan Arab Saudi.

Kabar tersebut ditulis oleh surat kabar Lebanon al-Diyar. Al-Diyar menyebut bahawa beliau melakukan konvoi dengan membawa rombongan besar.


Kehadiran Mohammad bin Salman Al Saud dengan konvoi rombongan besar itu dikatakan telah menyebabkan kekacauan dan menyebabkan terjadinya peristiwa rempuahan jemaah

Al-Diyar menulis bahawa kehadiran Mohammad bin Salman Al Saud dengan konvoinya yang melawan arus perjalanan sebagai faktor penyebab.

Sementara itu, Raja Salman ( Bapa kepada Mohammad bin Salman Al Saud) memberikan perintah untuk memberikan senarai nama orang yang bertanggung jawab mengatur kunjungan dan jemaah serta bertanggung jawab atas kematian jemaah. dan memerintahkan supaya mereka dikenakan hukuman pancung

 Hukuman akan dilaksanakan di hadapan jemaah haji.

 Ramai yang menganggap, para petugas yang dikenakan hukuman pancung adalah tidak adil dan zalim yang hanya dijadikan sebagai kambing hitam untuk menutup kesalahan ahli keluarga sendiri - khairulnizam.com

Video: Raja Arab Saudi Menghukum Pancung Kepada 28 Pertugasnya Kerana Tragedi  Rempuhan Di Mina


post: "Nyawa Dibayar Nyawa" 28 Kakitangan Arab Saudi Di Hukum Pancung Kerana Lalai Menjalankan Tugas


Terkini 717 Jemaah Haji Terbunuh Dan Punca Sebenar Kejadian Rempuhan Di Mina


Mina, Arab Saudi: Sekurang-kurangnya 717 orang yang mengambil bahagian dalam ibadah haji telah terbunuh dalam rempuhan berhampiran bandar suci Islam Mekah.

Seramai dua juta jemaah haji telah mengambil bahagian dalam upacara terakhir untuk selesaikan ibadah haji. Ia adalah kejadian paling buruk berlaku semasa mengerjakan haji dalam tempoh 25 tahun.



Kejadian ini berlaku di lembah yang besar kira-kira 5km (3 batu) dari Mekah, untuk membuang tujuh batu ke arah tiang dipanggil Jamarat.
Mejar Jeneral Mansour al-Turki, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, rempuhan ini berpunca dari keadaan orang terlalu sesak untuk melontar Jamarat sehinggakan ada yang datang arah bertentangan dan keadaan terus menjadi huru hara. jemaah haji mula cemas dengan kejadian itu sehinggakan ada yang memanjat antara satu sama lain untuk mencari jalan keluar dari kesesakan itu.


Orang ramai melaungkan nama Allah manakala yang lain menangis, termasuk kanak-kanak dan bayi. Ramai jemaah haji yang tersungkur ketanah tetapi dalam keadaan yang kalangkabut tiada siapa yang dapat membantu, masing-masing sibuk berusaha untuk menyelamatkan diri sendiri. Ada beberapa mangsa yang masih hilang akibat rempuhan tersebut

Pemimpin pertahanan awam tempatan berkata pelbagai bangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut. Operasi menyelamat masih lagi di teruskan.



Tragedi-tragedi Jemaah haji:

2006: 364 jemaah mati dalam menghancurkan di kaki Jamarat di Mina 
1997: 340 jemaah terbunuh apabila api didorong oleh angin kencang menyapu melalui bandar khemah Mina 
1994: 270 jemaah mati dalam rempuhan semasa melontar 
1990: 1,426 jemaah, terutamanya Asia, mati dalam rempuhan dalam terowong penuh sesak membawa kepada tempat suci 
1987: 402 orang mati apabila pasukan keselamatan menyuraikan demonstrasi anti-Amerika Syarikat oleh jemaah Iran


Menurut beberapa siasatan...
Menteri Kesihatan Saudi, Khaled al-Falih, berkata menghancurkan itu berlaku kerana ramai jemaah bergerak "tanpa menghormati jadual waktu" yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa.



Ketua Jawatankuasa Haji pusat, Putera Khaled Al-Faisal, menyalahkan rempuhan tersebut berpunca dari sesetengah jemaah dengan bangsa Afrika.Tetapi ketua Haji organisasi Iran, Said Ohadi, memberitahu Irna bahawa dua laluan berhampiran dengan tempat kejadian itu telah inexplicably ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi, menyebabkan pengumpulan jemaah.

Kementerian Luar Negeri UK berkata ia segera mencari lebih banyak maklumat mengenai sama ada warga British yang terlibat.



Dua Pelajar Ditahan Gara-Gara Sepak Motorsikal Polis

Dua Pelajar Ditahan Gara-Gara Sepak Motorsikal Polis
Ledang: Polis menahan seorang pelajar dan seorang penuntut kolej kerana menendang motosikal polis hingga mencederakan penunggangnya ketika operasi cegah lumba haram di Jalan Mulia Bukit Gambir di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang membonceng motosikal ditunggang penuntut kolej lelaki berusia 19 tahun, bersiap sedia untuk berlumba bersama hampir 20 mat rempit lain.

Ketua Polis daerah Ledang, Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, menyedari kehadiran polis semua penunggang panik dan cuba melarikan diri.

“Ketika cuba melarikan diri, pelajar berkenaan menendang motosikal dinaiki anggota polis hingga terjatuh.

“Bagaimanapun, kedua-dua suapek berjaya ditahan di kawasan berhampiran kerana lokasi sudah dikepong Unit Polis Peronda,” katanya.


Video: Saat-saat Cemas Pesawat Jemaah Haji Mendarat Di Tepi Jalan Raya


Video: Saat-saat Cemas Pesawat Jemaah Haji Mendarat Di Tepi Jalan Raya | JEDDAH – Satu video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial tempatan di Arab Saudi memaparkan kejadian sebuah pesawat yang terpaksa membuat pendaratan cemas di jalan raya menjadi viral di media sosial.

Memetik laporan dari twitter Bernama Radio24, pesawat terbabit membuat pendaratan cemas di tepi jalan raya di Jeddah dan perkara itu disahkan oleh jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di sini.

Difahamkan pesawat terbabit membuat pendaratan cemas berikutan keadaan ribut pasir kuat yang melanda kawasan terbabit dan ekor kapal terbang itu jelas memaparkan logo wau Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Saksikan Video Dibawah:


Namun, pihak MAB berkata, pihaknya setakat ini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video terbabit malah berkata semua pesawat syarikat Malaysia tersebut dilaporkan berjaya mendarat di Jeddah dengan selamat.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian aneh berkenaan, namun apa yang pasti, ribut pasir kuat kebetulan memang melanda Makkah termasuk sekitar kawasan Masjidil Haram.

Saat-saat Cemas Pesawat Jemaah Haji Mendarat Di Tepi Jalan Raya


Video: Saat Cemas Gadis Seksi Di Serang Buaya

Saat Cemas Gadis Seksi Di Serang Buaya
Video: Saat Cemas Gadis Seksi Di Serang Buaya
Video di bawah memaparkan beberapa minit keadaan yang mencemaskan apabila seorang gadis yang berpakaian seksi nekad memasuki kawasan kadang buaya. Di fahamkan gadis seksi ini menyahut cabaran dari rakan-rakanya untuk bermain dengan buaya yang di sangkakan sedang tidur. Saksikan video dibawah untuk kisah selanjutnya:




Gambar Terbaru Aksi Dramatik Pesawat British Airways 777 terbakar Semasa berlepas Menggemparkan Penumpang

Gambar Terbaru Aksi Dramatik Pesawat British Airways 777 terbakar Semasa berlepas Menggemparkan Penumpang
Gambar Terbaru Aksi Dramatik Pesawat British Airways 777 terbakar Semasa berlepas Menggemparkan Penumpang | Malang tak berbau, Kapal Terbang Boeing 777 Terbakar semasa berlepas dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas.

British Airways jet , membawa 170 penumpang dan anak kapal, mungkin mengalami kegagalan mekanikal yang menggegarkan enjin sehinggakan mengeluarkan segmen logam panas ke dalam badan pesawat tersebut yang mengakibatkan kebakaran yang dasyat.

Dibawah ada beberapa keping gambar Aksi cemas yang Dramatik ketika kejadian berlaku.







Sadis Pengantin Perempuan Ditemui Dalam Perigi

Sadis Pengantin Perempuan Ditemui Dalam Perigi
Wanita yang baru berkahwin beberapa bulan lalu itu dipercayai mengalami tekanan perasaan sebelum terjatuh ke dalam perigi sedalam lebih kurang lima meter.

Mangsa berusia 27 tahun itu ditemui orang ramai dalam keadaan lemah dalam perigi berkenaan kerana disyaki berada dalam tempoh agak lama sebelum dibantu untuk keluar.

Wanita nyaris maut apabila terjatuh ke dalam perigi yang terletak di hadapan rumahnya di Tikam Batu di sini
Bagaimanapun, setelah pelbagai cara dilakukan termasuk meletakkan tangga, wanita itu tetap gagal untuk naik ke atas menyebabkan bantuan pihak bomba diperlukan.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Yacob Ishak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bersama sebuah jentera dan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.


“Pusat kawalan menerima panggilan pada jam 10 pagi dan setibanya ke lokasi kejadian didapati terdapat seorang wanita terjatuh ke dalam perigi terbabit.

“Namun, mangsa masih dalam keadaan sedar dan terapung dalam air dengan berpaut pada tangga kayu yang diletakkan dalam perigi terbabit untuk cubaan mengeluarkannya oleh penduduk kampung,” katanya.

Menurutnya, jentera pertama tiba pada jam 10.11 pagi mengambil masa beberapa minit sebelum operasi menyelamat selesai setelah berjaya naikkan mangsa pada jam 10.36 pagi.

“Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada ahli keluarga sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.


Dua Beranak Rakyat Malaysia Disahkan Maut Letupan Di Bangkok

Dua Beranak Rakyat Malaysia Disahkan Maut Letupan Di Bangkok | BANGKOK – Dua beranak iaitu ayah dan anaknya disahkan sebagai rakyat Malaysia yang terbunuh dalam letupan bom terburuk yang mengegarkan ibu kota Thailand pada awal malam Isnin.


Menurut satu kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia di sini, mayat mendiang Lim Saw Sek dan anaknya Neoh Jai Jun kini berada di Hospital Besar Polis di Bangkok untuk proses bedah siasat.

Mereka berdua dipercayai sedang bercuti di Bangkok adalah antara lapan pelancong warga asing yang disahkan terbunuh dalam insiden letupan bom di pusat bandar raya tersebut semalam.

Jelas jurucakap pihak kedutaan, dua lagi rakyat Malaysia dilaporkan turut mengalami kecederaan dan masih lagi menerima rawatan di sebuah hospital di negara ‘Gajah Putih’ itu.


Dua yang cedera itu dikenali sebagai Tan Rui Hun dan Tan Kim Siok, namun tiada butiran lebih lanjut diberikan oleh pihak berkuasa tempatan sehingga kini.

Terdahulu, Polis Diraja Thailand mengesahkan bahawa angka kematian rasmi meningkat kepada 27 orang pada awal Selasa dengan 123 lagi dilaporkan mengalami cedera parah.

Dua pelancong warga Hong Kong turut disahkan antara yang terbunuh dalam insiden berhampiran kuil dewa terkenal Hindu Erawan yang terletak di kawasan utama tumpuan pelancong asing.



Angka kematian kini meningkat kepada 21 orang. Serangan bom disasarkan kepada orang ramai kerana kuil tersebut mula sesak sekitar pukul 6 hingga 7 malam,” kata jurucakap polis, Prawut Thavornsiri. – Agensi


Nyaris Maut Ketika Berhari Raya (VIDEO)

Lebuhraya Gambang Kuantan -VIDEO Sekeluarga Nyaris Maut Selepas kereta yang dinaiki hampir Dirempuh kereta Dari Arah Bertentangan.
Kemalangan sebegini sering terjadi akibat kecuaian diri sendiri dan pemandu lain, oleh itu sama-sama kita peka dan cepat mengambil tindakan yang bijak
untuk mengelakan kemalangan sebegini berlaku, yang penting rehatlah dengan secukupnya sebelum memulakan perjalanan.


Menerusi rakaman kamera papan pemuka atau dashcam ini, menunjukkan bagaimana sikap pemandu Honda City membawa dengan terlalu laju hingga hilang kawalan dan hampir saja meragut nyawa sebuah keluarga.

Pada mulanya keluarga berkenaan yang menggunakan lorong kanan sedang memotong sebuah lori treler di Lebuhraya Gambang menuju ke Kuantan.

Namun secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda City dari arah bertentangan dan terus merempuh masuk laluan mereka.

Kejadian tersebut lantas mengejutkan kesemua ahli keluarga yang berada di dalam kereta itu dan terdengar jeritan, selain ucapan kalimah Allah dan istighfar.

Ternyata Allah SWT masih memanjangkan umur kesemua ahli keluarga di dalam kereta itu walaupun tindakan memandu secara laju seperti yang ditunjukkan oleh pemandu Honda City itu boleh membawa maut kedua-dua belah pihak. Saksikan sedutan video dibawah :




NGERI MANGSA Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Yang Tidak Didedahkan (Gambar)

Gambar NGERI MANGSA Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Yang Tidak Didedahkan 
Beberapa gambar yang tidak didedahkan kepada umum semasa misi menyelamatkan mangsa terperangkap dan mengangkat mayat untuk dibawa turun dari gunung Kinabalu telah tersebar. Pelbagai reaksi mengejutkan yang diberikan oleh pembaca laman tersebut.

Antara gambar yang disebarkan di laman tersebut :-






NGERI MANGSA Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Yang Tidak Didedahkan (Gambar)



Timbalan Perdana Menteri, bergegas keluar dari sebuah bangunan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergegas keluar dari sebuah bangunan di Lagawu apabila satu gegaran susulan berlaku kira-kira jam 1.35 petang tadi.

KUNDASANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergegas keluar dari sebuah bangunan di Lagawu apabila satu gegaran susulan berlaku kira-kira jam 1.35 petang tadi.

Muhyiddin berada di dalam bangunan tersebut bagi menyampaikan taklimat perkembangan terkini kejadian gempa bumi di Sabah.

Situasi cemas itu turut membuatkan orang ramai yang berada di kawasan tersebut termasuk petugas media keluar dari bagunan.

Taklimat kemudian diteruskan diluar bangunan dan diakhiri dengan sidang media. - khairulnizam.com