Bank Negara Kenakan Wang Advance RM200 Kepada Akaun Pengguna Debit Kad


Hal ini diketahui, setelah seorang pengguna terkejut lalu membuat laporan kepada Bank berkenaan apabila mendapati wang simpanannya kurang daripada sepatutnya. Hal ini bertambah pelik apabila wang advance yang dikenakan itu tidak dimaklumkan dipenyata kewangan Bank. Wajarkah?? - Zs

 Menurut sumber dari pihak berkuasa, kes seumpama ini telah banyak dilaporkan.

Untuk pengetahuan kepada rakyat Malaysia yang tak tahu, atau tak ambil tahu, atau tak perasan sebab duit banyak sangat dalam akaun, Ni penjelasan dari pihak Bank berkenaan daripada Bank Negara. "Untuk pengetahuan Tuan, Puan, Cik... Pihak Bank akan mengambil wang pendahuluan dari akaun bagi pemegang kad debit apabila pihak Tuan menggunakan kad debit seperti kad kredit."

So lepas ni tak boleh panggil kad debit...

Jelasnya lagi, "Pihak Bank akan memulangkan semula wang tersebut dalam tempoh 7 hingga 14 hari waktu bekerja" Lamanya... Pelbagai persoalan bermain dalam otak..

So, lepas ni kalau korang pakai kad debit untuk isi minyak ke, shoping ke.. macam-macam lagi ke.. jangan tekejut dan pelik duit dalam akaun kurang daripada sepatutnya... 

Contohnya, Belanja RM20 isi minyak, esok pergi bank, tengok duit hilang RM200, print out penyata kewangan, TIADA BUKTI TRANSAKSI.... Rupanya Bank Negara Sedut tanpa pegetahuan kita.

sumber : Zs


FENOMENA ELNINO PUNCA BILL ELEKTRIK MELAMBUNG KATA TNB


Sejak beberapa hari ini menjadi bualan ramai di media sosial dan terdengar keluhan ramai orang yang memberitahu cas tarif elektrik yang naik mendadak secara tiba-tida sedangkan penggunaanya sama seperti setiap bulan.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui laman Facebooknya TNB Careline dilihat memberitahu tiada sebarang kenaikan tarif.

Sebaliknya pihak TNB mengatakan fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas melampau menyebabkan bil elektrik meningkat.

Apa kaitan cuaca panas dengan kenaikan mendadak bil elektrik ini? pasti ramai yang hendak tahu apa kaitanya.

Seorang pengguna Facebook bernama  Mohd Fikrie Yahya yang dilihat ariff dalam bidang ini telah tampil menceritakan apa kaitan cuaca panas melampau dengan kenaikan tarif elektrik yang mendadak ini sedangkan penggunaan sama seperti bulan sebelumnya.

Jom kita baca.

Ilmu tariff eletrik

Dah heboh di page sana sini bill elektrik meningkat bulan ni. ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB aku nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing2 akan faham. insyaallah bila tak kedekut ilmu kita akan diberi ilmu lebih lagi.

Saya sertakan satu formula elektric, joule's law

H = i^2 x r X t

Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.

Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab efek el nino.

Contoh mudah: 


Peti ais

Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

Cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub,  

200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

Jadi dalam situasi sama semasa fenomena el nino,

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. ni dari segi teori...praktikal pulak lebih dari jumlah ni.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna kompressor.. air cond juga sama. 

Kita dulu kita set 20°.. sekarang tetap tidak berubah 20°.. tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dgn peti sejuk.. kita tidak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yang kita perlukan terangkan pada pengguna

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.


Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. j

Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. ada kes air cond terbakar sebab wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tariff elektrik. harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak. 

Maka harga blok tarif slps itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik shj dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. ramai pengguna yg heboh2 kat media sosial ni berlagak macam pandai tapi tariff letrik utk rumah tak boleh faham.
harap lepas ni rakyat malaysia lebih berilmu dan kurang tunding jari salahkan pihak lain.. - sumber



Remaja Pengsan Berebut Beli Tiket Bola


Remaja Pengsan Berebut Beli Tiket Bola |  ALOR SETAR: Ribuan orang ramai menyerbu Stadium Darul Aman di sini, hari ini bagi membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia malam esok.


Tuan rumah, Kedah dijadual bertemu FELDA United pada jam 8.45 malam, bagi memburu tempat ke final yang dijadualkan pada minggu depan. Tinjauan mendapati, orang ramai mula berpusu-pusu ke kaunter jualan tiket beberapa jam sebelum ia dibuka.

Keadaan itu menyebabkan ramai-ramai berasak-asak dalam barisan sehingga menyebabkan berlaku tolak menolak. Akibatnya, seorang lelaki pengsan selepas dipercayai sukar untuk bernafas. Ia kemudian dibantu orang ramai dan pasukan keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.


Menurut laporan BHonline hanya dua kaunter tiket dibuka jam 3 petang tadi sekali gus menyebabkan penyokong bersesak dan berebut untuk mendapatkan tiket. Keadaan itu jelas mengecewakan seluruh penyokong skuad Helang Merah yang menyifatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu mengkaji cara penjualan bagi memastikan ia berjalan lancar. Seorang penyokong, Mohd Hashimie Othman, 22, berkata perkara sama berlaku setiap kali Kedah mara ke pusingan kalah mati Piala Malaysia.

“Ini bukan kali pertama, boleh dikatakan setiap tahun berlaku. Sepatutnya pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran kepada KFA untuk cari langkah terbaik untuk selesaikan isu sama,” katanya.

Bagi Mohd Shahril Amran, 18, berharap perkara ini tidak lagi berulang untuk masa akan datang. “Saya minta persatuan perbaiki sistem penjualan tiket demi kebaikan semua penyokong,” katanya.


[TERKINI] Bersih 4: Peserta Mula Berhimpun



KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 4.0 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 2 petang Sabtu sehingga tengah malam Ahad.

Di Kuala Lumpur di mana perhimpunan utama bakal diadakan, pihak berkuasa telah meningkatkan tahap keselamatan di sekitar ibu negara untuk menjaga kententeraman awam.

Kumpulan berbaju kuning dipercayai peserta perhimpunan Bersih 4 mula berkumpul di hadapan Menara Maybank.





NGERI MANGSA Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Yang Tidak Didedahkan (Gambar)

Gambar NGERI MANGSA Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Yang Tidak Didedahkan 
Beberapa gambar yang tidak didedahkan kepada umum semasa misi menyelamatkan mangsa terperangkap dan mengangkat mayat untuk dibawa turun dari gunung Kinabalu telah tersebar. Pelbagai reaksi mengejutkan yang diberikan oleh pembaca laman tersebut.

Antara gambar yang disebarkan di laman tersebut :-






NGERI MANGSA Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Yang Tidak Didedahkan (Gambar)



Timbalan Perdana Menteri, bergegas keluar dari sebuah bangunan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergegas keluar dari sebuah bangunan di Lagawu apabila satu gegaran susulan berlaku kira-kira jam 1.35 petang tadi.

KUNDASANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergegas keluar dari sebuah bangunan di Lagawu apabila satu gegaran susulan berlaku kira-kira jam 1.35 petang tadi.

Muhyiddin berada di dalam bangunan tersebut bagi menyampaikan taklimat perkembangan terkini kejadian gempa bumi di Sabah.

Situasi cemas itu turut membuatkan orang ramai yang berada di kawasan tersebut termasuk petugas media keluar dari bagunan.

Taklimat kemudian diteruskan diluar bangunan dan diakhiri dengan sidang media. - khairulnizam.com




Lagi Gempa Bumi Gemparkan Rakyat Malaysia

Lagi Gempa Bumi Gemparkan Rakyat Malaysia | PETALING JAYA: Satu gempa bumi susulan hari ini dikatakan telah melanda daerah Ranau, Sabah lagi hari ini berukuran 4.5 pada skala richer. Ini adalah gempa bumi susulan yang ketiga semenjak gempa bumi di Sabah.

Lagi Gempa Bumi Gemparkan Rakyat Malaysia (Gambar)
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, "gempa bumi susulan' berlaku kira-kira 25 kilometer barat laut Ranau pada pukul 1.45 petang.



Gegaran dikatakan dapat dirasa di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud di Sabah.Gempa ini dapat dilihat menerusi objek di dalam bagunana selain bunyi gegaran.

Pihak Media yang berada disana untuk mengambil liputan tentang gempa bumi sebelum ini cemas dengan gegaran susulan ini. Di fahampkan gempa bumi susulan ini mengakibatkan banyak bangunan retak teruk.

Pada jumaat lalu, gempabumi berukuran 5.9 skala ritcher telah melanda Ranau pada pukul 7.15 pagi.
Di Fahamkan gempa bumi di Sabah ini adalah gempa yang paling teruk di Malaysia.




Kerana gempa tersebut 13 orang pendaki disahkan terkorban termasuklah Robbi Sapinggi 'Malim Gunung'. Beliau merupakan seorang yang disanjungi tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang para pendaki.



Siling Masjid Pekan Ranau rosak akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter awal pagi Jumaat.

Seorang kanak-kanak yang cedera akibat gempa bumi diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Ranau.

Beberapa tiang di sebuah bangunan di Ranau retak akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Pekan Ranau pada 7.15 hari ini.

Pintu cermin di sebuah bank di sini pecah akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Pekan Ranau pada 7.15 hari ini.

Foto menunjukkan runtuhan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Muhammad Ali, Ranau.

Video Detik - detik Cemas Kejadian Gempa Bumi Sabah


MANGSA RUMAH DIREMPUH PESAWAT INDONESIA RUGI RM200,000 MINTA PAMPASAN

INFOR SEMASA - MANGSA RUMAH DIREMPUH PESAWAT INDONESIA RUGI RM200,000 MINTA PAMPASAN.


http://khairulnizamnorain.blogspot.com/
MANGSA RUMAH DIREMPUH PESAWAT INDONESIA RUGI RM200,000 MINTA PAMPASAN



RM200 CALL 0137897688 NOW!!!



Kontroversi Google Translate, “Islam No Success”

INFORMASI SEMASA - Kontroversi Google Translate, “Islam No Success”

Kontroversi Google Translate, “Islam No Success”
Heboh di laman sosial apabila imej yang menunjukkan perkataan “Islam ada kejayaan” berubah menjadi “Islam no success” apabila menggunakan perkhidmatan Google Translate.



RM200 CALL 0137897688 NOW!!!



INFORMASI SEMASA - Gadis Teruja Dapat Tangan Baru..

INFORMASI SEMASA - Luahan Hati - 'Tidak lagi diejek tangan kudung' kata Ah yang dilahirkan tanpa tangan kanan...

INFORMASI SEMASA - Gadis Teruja Dapat Tangan Baru..
Seri Iskandar: “Terima kasih kepada semua kerana bagi saya tangan. Seronok sangat sebab kawan di sekolah dah tak ejek saya kudung,” kata Norhidayah Shahirah Mohd Isa, 7, yang dilahirkan tanpa tangan kanan bermula daripada pergelangan, kini memakai set tangan mekanikal atau tangan ‘bionik’.



RM200 CALL 0137897688 NOW!!!


Astro Bertemu 'Buku Dengan Ruas': Ada Pesaing Baru, Percuma Pulak Tu!

Astro Bertemu 'Buku Dengan Ruas': Ada Pesaing Baru, Percuma Pulak Tu!

CERITA rungutan pelanggan penyedia siaran televisyen berbayar Astro bukan isu baharu, malah kisah siarannya ‘ghaib’ ketika cuaca buruk dan yuran langganan mahal seperti tiada kesudahan sejak operator penyiaran itu beroperasi pada 1996 lalu.



MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Antartika?

 MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Antartika?

Dalam durasi beberapa minggu sebelum genap setahun kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), program dokumentari terkenal, National Geograpic bakal mendedahkan fakta-fakta yang mengejutkan.


Antaranya, pesawat tersebut dipercayai telah diterbangkan menuju Antartika secara sengaja! Betulkah?

Selain itu, berdasarkan hasil rujukan data dari satelit, pesawat berkenaan disyaki terbang selama beberapa jam walaupun selepas terputus hubungan dengan radar.

Selain itu, dalam laporan sebuah akhbar United Kingdom iaitu The Mirror, seorang pakar penerbangan yang disebut dalam slot tersebut berkata, pesawat malang itu membuat tiga pusingan sebelum ghaib dari radar menara kawalan trafik udara.

Ujar individu tersebut, pusingan pertama adalah menghala ke kiri manakala pusingan kedua dan ketiga membawa pesawat itu ke arah barat dan selatan Antartika.

Dalam pada itu, seorang pakar dalam hal bencana penerbangan, Malcolm Brenner berkata, pusingan yang dilakukan dipercayai dibuat oleh ‘seseorang’ yang berada dalam kokpit secara sengaja, lantas membawa MH370 jauh dari laluan asalnya.

Ujar Brenner kepada akhbar The Mirror, “Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan.”

Program khas terbitan National Geographic bertajuk ‘Malaysian 370: What happened?‘ akan keudara pada hari Ahad, 8 Mac sempena setahun kehilangan penuh misteri pesawat jenis Boeing 777 itu.

Pesawat itu hilang pada tanggal 8 Mac 2014, tidak berapa lama selepas ia terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing dengan membawa 239 individu.

Lebih kurang 10 bulan selepas kehilangannya, kerajaan Malaysia pada 29 Januari lalu membuat pengisytiharan bahawa pesawat tersebut ghaib dalam kemalangan dan mengorbankan kesemua individu yang berada di dalamnya.

Sehingga kini, serpihan mahupun sebarang klu gagal ditemui yang boleh mengaitkannya dengan misteri MH370, apatah lagi merungkai di mana kedudukan sebenar pesawat malang itu.

Misi mencari dan menyelamat dilaporkan bakal dihentikan pada Mei depan.

Bangkai Pesawat MH370 Ditemui Menjelang Mei?

Smentara itu, Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan membayangkan serpihan dan bangkai pesawat MH370 yang hilang secara msiteri sejak Mac tahun lalu akan ditemui dalam masa terdekat.

Beliau yang juga bertanggungjawab terhadap operasi mencari menjangkakan nasib kapal berkenaan mungkin diketahui menjelang Mei tahun ini.

Bercakap kepada news.com (Australia), Dolan memberitahu bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.

“Pesuruhjaya itu mengatakan kita hanya menunggu masa untuk menemui bangkai pesawat dan apa yang masih tinggal melibatkan penumpang dan krew,” memetik portal Air News And Services pula.

Tambah portal berkenaan, semua serpihan-serpihan yang didakwa sebahagian daripada kapal terbang dan penemuan kotak kayu dari lautan juga sedang dinilai kembali oleh pakar sehingga kini.

MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, China pada 8 Mac tahun lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal.

BACA NI JUGA :








Anwar Ibrahim terima ugutan bunuh di Penjara?

Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Petisyen untuk Obama bebaskan Anwar





Dedah Perkara Sebenar, Isteri Saiful Terus DIHENTAM Kerana Isu Khalwat !

 Dedah Perkara Sebenar, Isteri Saiful Terus DIHENTAM Kerana Isu Khalwat ! – Tak sedap didengar, ada pula yang memuatkan dalam media sosial turut menghentam isteri Saiful yang kononnya tak patut berkahwin dengan lelaki yang telah diliwat.”Kalau dia bohong, dialah tanggung dosa. Betul atau tidak, apa yang dia buat adalah untuk mempertahankan maruah dia.
“Lebih teruk lagi, apa kaitan kes ini dengan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman,?”
Tidak juga menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Shamsiah Harun, orang ramai sepatutnya lebih berfikiran terbuka daripada terus menjatuhkan hukuman kononnya Saiful memfitnah.
“Bagi saya, cukup-cukuplah menghentam Saiful. Memang berat tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar tetapi pada masa sama, Saiful dan isterinya juga terpaksa menanggung malu dan cemuhan masyarakat sekeliling hampir setiap hari.
Banyaklah perkara-perkara yang tersebar untuk bacaan umum yang saya lihat hanya akan mengaibkan isteri dan keluarga mentuanya padahal mereka tidak ada kaitan dengan kes liwat tersebut,” katanya ketika ditemubual
Jelasnya, adalah tidak adil jika orang lain seperti isteri Saiful dikutuk sesuka hati sepanjang kes itu berjalan.
“Kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah dan keputusan hanya akan diketahui setelah Mahkamah Persekutuan memberi kata putus.
“Ramai yang membuat andaian berdasarkan hukum logik akal. Kononnya tak masuk akal Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat dan tak munasabah Saiful tak melawan ketika diliwat serta banyak lagi andaian lain.
“Logik atau tidak, semuanya keluar dari mulut Saiful dan siapalah kita yang hendak menolak kata-katanya itu,” ujarnya.



GAMBAR: Flat Di Jalan Loke Yew Tercabut Dinding Gara-Gara Ribut.




Hujan lebat dan ribut melanda ibu kota sememangnya agak menakutkan apabila banyak pokok yang tumbang. Turut dilaporkan kematian dua anggota polis yang bertugas di Brickfileds yang mana maut selepas dihempap pokok.Selain itu rumah flat yang dipercayai terletak di Jalan Loke Yew juga turut terkena tempias sehingga menyebabkan dinding bilik salah sebuah rumah di situ tercabut.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden tersebut.