Home » , » INFORMASI SEMASA - Gadis Teruja Dapat Tangan Baru..

INFORMASI SEMASA - Gadis Teruja Dapat Tangan Baru..

INFORMASI SEMASA - Luahan Hati - 'Tidak lagi diejek tangan kudung' kata Ah yang dilahirkan tanpa tangan kanan...

INFORMASI SEMASA - Gadis Teruja Dapat Tangan Baru..
Seri Iskandar: “Terima kasih kepada semua kerana bagi saya tangan. Seronok sangat sebab kawan di sekolah dah tak ejek saya kudung,” kata Norhidayah Shahirah Mohd Isa, 7, yang dilahirkan tanpa tangan kanan bermula daripada pergelangan, kini memakai set tangan mekanikal atau tangan ‘bionik’.



RM200 CALL 0137897688 NOW!!!

Norhidayah yang mesra membahasakan dirinya Ah, menerima tangan bionik itu Sabtu lalu, sumbangan ahli perniagaan dan bekas pendidik, Sujana Mohd Rejab atau lebih dikenali sebagai Pak Su.

Menurut Ah, sejak memakai tangan itu dia lebih seronok ke sekolah dan tidak malu kerana tiada lagi rakan sekolah mengejeknya, selain gembira dapat mencuba pelbagai perkara baru termasuk memegang muka ahli keluarganya.

Bercita-cita menjadi doktor, Ah teruja sebaik menerima berita mendapat tangan berkenaan.

Menurut ibu saudaranya, Norhasimah Bachok, 38, yang menjaganya sejak tiga tahun lalu, dia tergerak mendapatkan set tangan mekanikal itu selepas pendedahan pihak media mengenai keadaan Ainaa Amanda Shahzali, 7, dan Muhammad Muqri Mifzal Rhemi Rizal, 8, yang menerima tangan ‘bionik’ daripada Pak Su susulan kecacatan mereka.

sumber : Metro

0 comments: