Kebenaran Hampir Terjawab, Are We Ready??

Kebenaran Hampir Terjawab - NASA Sahkan Bunyi Aneh ‘Kiamat’ Dari Langit Memang Wujud | Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai pihak di seluruh dunia.


Kebenaran Hampir Terjawab - NASA Sahkan Bunyi Aneh ‘Kiamat’ Dari Langit Memang Wujud (Gambar)

Sehingga kini, bunyi pelik itu telah dikesan kedengaran di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Rusia dan Jerman tetapi difahamkan suara tersebut juga dapat didengar di banyak negara cuma ia tidak dihebohkan sangat.

Beberapa pengguna media sosial membuat inisiatif sendiri merakam suara itu dan memuat naik menerusi laman YouTube; terbaharu 4 April lalu, bunyi tersebut direkodkan di Jerman sehingga menakutkan ramai penduduk.

Bagi umat Islam, fenomena bunyi gemuruh itu dikaitkan lebih menyerupai terompet ‘sangkakala’, meskipun tiada siapa pula pernah mendengar bunyi sebenar penanda hari kiamat itu kerana logiknya ia belum pun lagi berlaku.

Di Kanada, seorang penduduk tempatan, Kimberly Wookey berjaya merakam banyak klip suara itu serta memuat naik dalam YouTube termasuk bunyi paling menyeramkan bulu roma yang direkodkan pada 29 Ogos tahun lalu.

”Ini adalah kali kedua saya mendengar sendiri suara-suara terompet semacam ini di Kanada,” tulisnya melalui akaun YouTube-nya. “Pertama kali pada pagi 19 Jun 2013, namun ia tidak sebesar yang sekarang,” ujar Wookey.

biarpun bunyi yang dipercayai berasal dari ruang angkasa itu kedengaran aneh dan ngeri, beliau tidak pula ingin mengaitkannya dengan isu agama atau mistik, sebaliknya yakin suara itu berasal dari fenomena geofizik bumi.

Berbeza pengalaman Aaron Traylor dari Montana, AS cenderung percaya bunyi aneh tersebut ada kaitan dengan magis, malah dirinya mengalami mimpi buruk berhari-hari setelah memuat naik video suara itu menerusi media sosial.

Isterinya pula kerap membangunkannya tengah malam kerana mendengar Traylor berteriak histeria sewaktu tidur sejak pertama kali mendengar bunyi terompet itu ketika berjalan di sekitar rumah dengan anak dan anjingnya.

Semasa kejadian tersebut, si anjing peliharaan Traylor tiba-tiba langsung membengkokkan kelopak telinga seperti cemas melihat benda seram dan anak perempuannya yang masih kecil turut berhenti melangkah kerana takut.

Dari sisi sains, pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di AS merumuskkan keanehan itu sebagai suara latar bumi yang memang wujud secara semula jadi dan bukan bunyi kapal angkasa mahkluk asing.

”Kita sebenarnya boleh mendengar alunan simfoni khas berbentuk suara ribut yang pelik langsung dari planet kita, ia bukan bunyi dari pesawat,” kata jurucakap NASA yang dipetik pelbagai media tempatan di AS pada Isnin.

Menurut NASA, suara menyerupai gemuruh terompet itu dapat disamakan dengan runut muzik latar yang biasa kita tonton menerusi filem-filem sains fiksyen, cuma suara tersebut memang nyata berasal terus dari bumi.

NASA menjelaskan fenomena bunyi itu sebenarnya alamiah dan ada setiap waktu, namun, telinga manusia normal yang tidak dapat mengesannya atau tahap ‘volume‘ suaranya tidak terlalu besar.

Jom kita dengar suara dari langit edisi seram , Mudah-mudahan persiapan kita menghadapi hari kiamat
sudah sempurna dan selainnya biarlah Allah tentukan sama ada kita tergolong di golongan orang-orang yang beriman.


Video Suara Dari Langit Edisi Seram


Informasi Seram - Penampakan Entiti Di Sesi Fotografi

Informasi Seram - Penampakan Entiti Di Photoshoot

Informasi Seram - Penampakan Entiti Di Photoshoot
Gambar yang akan di siarkan ini merupakan penampakan lembaga ketika pengirim yang merupakan seorang photographer sedang menjalankan photoshoot outdoor untuk pengantin di Gemas, Negeri Sembilan. Kemunculan lembaga ini ketika menjelang waktu Maghrib di kawasan gerabak kepala keretapi lama.



RM200 CALL 0137897688 NOW!!!



5 GAMBAR NGERI PENAMPAKAN HANTU TERAKAM KAMERA TANPA SENGAJA


5 GAMBAR NGERI PENAMPAKAN HANTU TERAKAM KAMERA TANPA SENGAJA



Misteri Lukisan Berhantu!!!

VIDEO : JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DI SELUBUNGI MISTERI!!!!!

Lukisan berhantu! Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi itulah yang dialami oleh sebuah keluarga di Cumbria, England. Gangguan demi gangguan terus menghantui keluarga Sean Robinson.


untuk video






GEMPAR! - Apabila Video Serigala Jadian Berjaya Di Rakam Di Brazil [VIDEO]

 GEMPAR! - Apabila Video Serigala Jadian Berjaya Di Rakam Di Brazil [VIDEO]

Menggemparkan apabila sebuah rakaman dari kamera pengawal di Brazil berjaya merakamkan satu bentuk makhluk yang dianggap sebagai manusia serigala sedang berkeliaran di sebuah taman.




SERAM! - Apabila Jin Menjilat Makanan Terakam CCTV [VIDEO]



Video Penampakan sebenar ‘Hantu’ Di Tandas


http://khairulnizamnorain.blogspot.com/2015/02/video-penampakan-sebenar-hantu-di-tandas.html

Video: Penampakan ‘Hantu’ Di Tandas Cathay Singapura

Di Singapura sekarang, antara yang hangat diperkatakan adalah penampakan hantu di tandas panggung wayang Cathay.


Berdasarkan satu video yang tersebar, individu bertanggung jawab melakukan rakaman tersebut dikatakan asalnya mahu menakutkan seorang rakan di dalam tandas.

Jadi selepas melihat kasut rakannya di salah satu tandas, dia mula memanjat tandas sebelahnya dengan niat mahu merakam rakannya itu dari atas.

Tapi alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tandas tersebut sebenarnya kosong!

Dalam dok terperanjat tu kamera telefon bimbitnya terakam pula satu entiti menyerupai wanita melintas di dalam tandas tersebut. Apa lagi, lelaki tersebut terus lari sambil menjerit ketakutan.

Ada yang membuat andaian video ini cuma lakonan namun yang pasti ia berjaya juga membuatkan kami terkejut besar petang-petang begini..





Gempar!! Hantu Penanggal Muncul Atas Sejadah

http://khairulnizamnorain.blogspot.com/2015/02/gempar-hantu-penanggal-muncul-atas.html

Gambar original..kejadian berlaku di rumah kakak sy di kuala ibai bersebelahan dengan pusat rawatan darussyifa..gambar ini di snap secara tidak sengaja oleh anak saudara sy yg berusia 1 thun lebih..gambar ini disedari oleh kakak sy setelah beberapa hari yg lepas..kejadian berlaku di waktu maghrib sebelum kakak sy solat..pengamal perubatan islam sudah menghalau "penanggal" itu dari mggangu penduduk sekitar.



Video Real Hantu Galah Di Flat

Video Real Hantu Galah Di Flat

Di flat PPR Sri Semarak gempar dengan sebuah video yang menyaksikan kelibat dikatakan hantu galah yang bergayut di flat tersebut.




Gempar!!! Video Hantu Berlari Dikawasan Stadium

Serius, ada bukti menunjukkan penampakan hantu berlari dikawasan stadium. Gelagat hantu yang tidak diketahui sedang berlari ketika berlangsung perlawanan bolasepak antara Racing Club’s dan River Plate di Argentina.



Gambar Toyol Sebenar Yang Tidak disengajakan diambil Kamera.

Gambar toyol ini diambil oleh beberapa sumber yang menyatakan bahwa gambar yang diambil benar-benar asli. Percaya atau tidak itu tergantung diri anda sendiri, yang pasti kita harus tetap memiliki iman terhadap Allah SWT apabila kita ingin selalu dilindunginya.



GEMPAR!!! Penduduk Rakam Pontianak Atas Bumbung Teksi



CARA - CARA paling mudah melihat Alam Ghaib



Kelibat Hantu Dirakam Ketika Perlawanan Bola Di Bolivia (Video)



Peminat bola sepak di Bolivia ketakutan lantaran kelibat hantu menampakkan diri dan berjalan pantas menembusi penonton. Peristiwa ini terjadi di Stadium Hernando Siles di Bandar La Paz.



Akhbar the Daily Mail melaporkan, Rabu (23/​​4), Kelibat hantu yang dirakam kamera stadium dan tersebar di Internet meninggalkan pelbagai persoalan.



Hantu ini bukan satu-satunya tertangkap kamera yang ada di stadium di Amerika Selatan. Sebahagian besar rakyat Venezuela percaya roh Presiden Hugo Chavez pernah menampakkan diri ketika perlawanan antarabangsa Venezuela melawan Colombia.



Lihat video di bawah:



          











(VIDEO) Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey



Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey | Siapa yang tidak terkejut dengan pembunuhan kejam Allahyaham Dato Mazlan satu ketika dahulu di sebuah perkampungan di Raub, Pahang.


Semasa kes sedang dibicarakan, terdapat beberapa misteri dan pelik telah dilaporkan berlaku, seperti ketika perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah yang mana tiba-tiba semua yang ada didalamnya terdengar  bunyi itik.
Seringkali lokasi pembunuhan dan kubur Allahyarhamah Mona Fandey dijadikan lokasi untuk pemujaan nombor ekor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, manakala tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham di Tanjung Lumpur, Kuantan, pula sering dikaitkan dengan beberapa kejadian misteri.

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.
Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.
“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.
“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.
Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.
“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.
“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.
Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.
Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.












(VIDEO) Seram POCONG Ganggu Pelatih TLDM

Pehh seram!! Hanya berpandukan tali dan berjalan dalam keadaan gelap gelita di dalam hutan. Tapi boleh jadi geram. Sesetangah orang bila berlaku keadaan begini akan timbul perasaan marah. Dalam video ini, geli hati pun ada, boleh terkencing dalam seluar ni.


Macam - macam ayat keluar Atok saya tak salah, ada yang baca Ayat Kursi berterabur, dan ada yang laungkan AZAN..macam2. menjerit pun ada..huhu

dah macam kene sampuk hantu dah aku tengok


korang lihatla sendiri VIDEO ni.

untuk video













Terakam Susuk Tubuh Langsuir Muncul Semasa Buang air kecil (VIDEO)

Terakam Susuk Tubuh Langsuir Muncul Semasa Buang air kecil (VIDEO)

Siapa pun akan lari jika terjumpa langsuir menghampiri kita. VIDEO SERAM ini di rakam ketika kawannya hendak buang air kecil. Hasrat hendak membalas dendam dan mengenakan kawan. tetapi terakam susuk tubuh yang tidak diketahui bergerak menghampiri kawannya ketika tengah buang air kecil


Perhatikan dan dengar dengan jelas percakapan mereka


Saksikan Video di bawah ini