Antara Gambar-Gambar Dari Planet Marikh

Nasa telah dedahkan beberapa gambar dari planet Marikh yang Dunia belum pernah melihatnya. https://bit.ly/2S8FbUt 

Sumber ini telah disahkan oleh NASA, mereka telah membuat rakaman tersebut dengan menggunakan robot.









Setelah melihat gambar - gambar tersebut, jelas kelihatan keadaannya sama seperti muka bumi..

Sumber: web NASA



Ajaib!! Pemuda 20an Hidup Tanpa Jantung Jadi Tumpuan Dunia


Seorang lelaki berusia 25 tahun di sini dianggap ajaib di dunia apabila dia masih hidup selama 555 hari walaupun tidak memiliki jantung.

Stan Larkin sebelum ini disahkan menghidap penyakit jantung kardiomiopati yang merupakan sejenis penyakit kronik melibatkan otot jantung selain menyebabkan pembesaran jantung.

Dalam tempoh itu dia masih mampu meneruskan kehidupan seperti manusia normal lain kerana menggunakan jantung tiruan yang dipasang, sementara menunggu menjalani pemindahan organ daripada penderma jantung.




“Walaupun menggunakan jantung tiruan, saya sebelum ini mampu menjalani kehidupan seperti insan lain dan melakukan aktiviti lasak seperti bermain bola keranjang.

“Saya amat bersyukur kerana akhirnya menerima sumbangan jantung dan dan mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang memberi saya kehidupan semula,” katanya.

Larkin menjalani pembedahan transplan jantung di sebuah hospital pada 9 Mei lalu dan telah dibenarkan pulang ke rumah baru-baru ini.




GEMPAR!!! Bayi Dilahirkan Dengan 31 Jari


Sebuah perkampungan telah dikejutkan dengan kelahiran bayi yang memiliki jari kaki dan tangan berjumlah 31 jari. Bayi comel ini masih terlalu kecil bagi menjalani pembedahan pembuangan jarinya. Menurut pakar Kelahiran pelik ini terjadi daripada faktor keturunan..

China, Tiongkok - Bayi bernama Hong Hong telah mengejutkan penduduk di Republik Tiongkok kerana memiliki kiraan jari dan tangan yang berbeza daripada bayi lain. Oleh demikian sebuah perkampungan Pingjiang, provinsi Hunan, Tiongkok telah menjadi tumpuan ramai untuk melihat sendiri kejadian pelik itu.

Hong Hong memiliki 15 jari di kedua tangannya dan 16 jari kaki. Malahan, bayi berusia 4 bulan itu masih memiliki "tambahan" telapak tangan di kedua tangan namun tanpa ibu jari. Tapak tangannya kelihatan seperti ada dua. 

Hasil penyelidikan, Pakar menyifatkan Hong Hong mengalami polydactylism iaitu keadaan yang boleh terjadi pada manusia, anjing, dan kucing. Menurut pusat kesihatan kanak-kanak di Atlanta, keadaan ini biasanya dialami satu orang dari seribu kelahiran. Kelainan itu juga boleh diatasi dengan melakukan pembedahan operasi pembuangan yang sekarang masih difikirkan oleh ibu bapa Hong Hong. 



Keturunan juga boleh menjadi faktor bagi kelahiran tersebut. Ini disebabkan bahawa ibu kanak-kanak tersebut juga memiliki enam jari tangan dan kaki. Ketika bayi tersebut dalam kandungan, ia juga mengaku memikirkan tentang kelahiran anaknya yang akan memiliki keadaan sepertinya. 

Ayah bayi istimewa itu, Zou Chenglin, mengatakan bahawa ketika ini Hong Hong masih terlalu kecil untuk menjalani pembedahan operasi pembuangan jarinya. Doktor sendiri mengatakan pembedahan akan menjadi sulit kerana bayi tersebut tidak mempunyai jari menyerupai seperti ibu jari dan haruslah deberikan ibu jari palsu. Menurut doktor lagi, ibu jari adalah penting untuk menyokong kekuatan tangan supaya dapat memegang dengan kuat..

Bagi keluarga Hong Hong  Kos pembedahan tersebut masih terlalu mahal iaitu RM 130  ribu. Setakat ini mereka hanya mendapat bantuan RM 50 ribu yang dikumpulkan melalui internet. Tetapi malangnya cara demikian dihentikan sementara kerana ada beberapa pihak yang tidak setuju. Oleh itu keluarga Hong Hong bercadang untuk pulang ke Shenzhen, tempat tinggal mereka, supaya ayahnya boleh kembali bekerja mengumpulkan duit. - infor pelik, dunia, kebesaran ALLAH



Gempar!!! Makhluk Aneh Ditemui - VIDEO


Gempar!!! Makhluk Aneh Ditemui - VIDEO | Thailand - Penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan makhluk aneh. Makhluk aneh ini menyerupai haiwan separuh buaya dan separuh lagi kerbau. Haiwan aneh berwarna gelap dan bersisik seperti reptilia, berkepala buaya telah dilahirkan dari seekor kerbau.


Video rakaman menunjukkan haiwan ini diletakkan di atas meja dan penduduk tempatan yang berkumpul di siti mula memuja binatang aneh tersebut dengan menyalakan lilin dan membakar kemenyan. Haiwan aneh itu dikatakan timbul di High Rock, Wanghin di Thailan dan dilahirkan sebagai seekor kerbau menurut laporan laman web tempatan Rath.

Penduduk tempatan percaya dengan kemunculan haiwan aneh itu membawa petanda baik bagi kampung mereka. Jom sama-sama kita saksikan video dibawah:



Kisah Misteri Penemuan Pelik Buah Menyerupai Wajah Syaitan


Kisah Misteri Penemuan Pelik Buah Menyerupai Wajah Syaitan | Terdapat di Kota Thoif, terletak lebih kurang 80 km dari Makkah. Kota ini dikelilingi oleh pergunungan. Di daerah ini pula tumbuh subur pohon ZAQQUM, pohon yang dipenuhi duri yang tajam dan menyerupai muka syaitan. Di dalam Al-Quran, buah pohon ini (buah ZAQQUM) ini bakal menjadi makanan penghuni NERAKA.

buah ZAQQUM



Kebenaran Hampir Terjawab, Are We Ready??

Kebenaran Hampir Terjawab - NASA Sahkan Bunyi Aneh ‘Kiamat’ Dari Langit Memang Wujud | Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai pihak di seluruh dunia.


Kebenaran Hampir Terjawab - NASA Sahkan Bunyi Aneh ‘Kiamat’ Dari Langit Memang Wujud (Gambar)

Sehingga kini, bunyi pelik itu telah dikesan kedengaran di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Rusia dan Jerman tetapi difahamkan suara tersebut juga dapat didengar di banyak negara cuma ia tidak dihebohkan sangat.

Beberapa pengguna media sosial membuat inisiatif sendiri merakam suara itu dan memuat naik menerusi laman YouTube; terbaharu 4 April lalu, bunyi tersebut direkodkan di Jerman sehingga menakutkan ramai penduduk.

Bagi umat Islam, fenomena bunyi gemuruh itu dikaitkan lebih menyerupai terompet ‘sangkakala’, meskipun tiada siapa pula pernah mendengar bunyi sebenar penanda hari kiamat itu kerana logiknya ia belum pun lagi berlaku.

Di Kanada, seorang penduduk tempatan, Kimberly Wookey berjaya merakam banyak klip suara itu serta memuat naik dalam YouTube termasuk bunyi paling menyeramkan bulu roma yang direkodkan pada 29 Ogos tahun lalu.

”Ini adalah kali kedua saya mendengar sendiri suara-suara terompet semacam ini di Kanada,” tulisnya melalui akaun YouTube-nya. “Pertama kali pada pagi 19 Jun 2013, namun ia tidak sebesar yang sekarang,” ujar Wookey.

biarpun bunyi yang dipercayai berasal dari ruang angkasa itu kedengaran aneh dan ngeri, beliau tidak pula ingin mengaitkannya dengan isu agama atau mistik, sebaliknya yakin suara itu berasal dari fenomena geofizik bumi.

Berbeza pengalaman Aaron Traylor dari Montana, AS cenderung percaya bunyi aneh tersebut ada kaitan dengan magis, malah dirinya mengalami mimpi buruk berhari-hari setelah memuat naik video suara itu menerusi media sosial.

Isterinya pula kerap membangunkannya tengah malam kerana mendengar Traylor berteriak histeria sewaktu tidur sejak pertama kali mendengar bunyi terompet itu ketika berjalan di sekitar rumah dengan anak dan anjingnya.

Semasa kejadian tersebut, si anjing peliharaan Traylor tiba-tiba langsung membengkokkan kelopak telinga seperti cemas melihat benda seram dan anak perempuannya yang masih kecil turut berhenti melangkah kerana takut.

Dari sisi sains, pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di AS merumuskkan keanehan itu sebagai suara latar bumi yang memang wujud secara semula jadi dan bukan bunyi kapal angkasa mahkluk asing.

”Kita sebenarnya boleh mendengar alunan simfoni khas berbentuk suara ribut yang pelik langsung dari planet kita, ia bukan bunyi dari pesawat,” kata jurucakap NASA yang dipetik pelbagai media tempatan di AS pada Isnin.

Menurut NASA, suara menyerupai gemuruh terompet itu dapat disamakan dengan runut muzik latar yang biasa kita tonton menerusi filem-filem sains fiksyen, cuma suara tersebut memang nyata berasal terus dari bumi.

NASA menjelaskan fenomena bunyi itu sebenarnya alamiah dan ada setiap waktu, namun, telinga manusia normal yang tidak dapat mengesannya atau tahap ‘volume‘ suaranya tidak terlalu besar.

Jom kita dengar suara dari langit edisi seram , Mudah-mudahan persiapan kita menghadapi hari kiamat
sudah sempurna dan selainnya biarlah Allah tentukan sama ada kita tergolong di golongan orang-orang yang beriman.


Video Suara Dari Langit Edisi Seram


Bahana Ribut Taufan Melanda

Bahana Ribut Taufan Melanda
Baru-baru ini Dunia Telah Dikejutkan dengan keadaan cuaca yang luar biasa, Gempa Bumi, Banjir Besar, Musim kemarau.  Kebiasaan musim-musim ini berlaku tidak lah seteruk sepertimana yang berlaku pada tahun ini.


KLUANG 3 Jun - Lapan taman perumahan di daerah ini mengalami kerosakan akibat bencana ribut dan angin kencang yang melanda selama 5 minit. kejadian ini adalah yang terburuk dalam sejarah daerah ini.

Antara taman yang terlibat ialah Taman Indah Jaya 1 dan 2, Taman Korakyat, Taman Ilham, Taman Bertuah, Taman Dato Amar Diraja, Taman Sri Paya dan Taman Matahari dengan jumlah mangsa sebanyak 266 keluarga.






Sementara itu, seorang mangsa, Malek Saif, 60, berkata, ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6 petang itu dia dan isteri serta seorang anak lelakinya sedang berehat di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi bising di atas bumbung rumah selain hujan lebat.

“Ketika itu, hujan le­bat luar biasa diikuti de­ngan bunyi bising di luar rumah. Saya meninjau keadaan di luar rumah dan melihat seakan-akan angin putih diikuti dengan atap zink dan bumbung rumah yang melambung tinggi di udara.

“Waktu itu saya sungguh takut dan hanya ingat mati. Saya laungkan Allahuakbar sebelum membawa isteri dan anak saya yang sedang kebingungan di dalam rumah masuk ke dalam bilik untuk menyelamatkan diri,” katanya yang menetap di Taman Indah Jaya.



Seorang lagi mangsa, Mahari Ahmad, 46, yang turut menyaksikan kejadian tersebut berkata, dia hanya mampu terpaku sambil melaungkan azan agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

“Ketika melihat angin yang kuat datang ke arah kami, saya azan dan berdoa agar segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah, walaupun me­ngalami kerosakan teruk pada bahagian rumah dan kenderaan, namun kami sekeluarga selamat,” katanya.


Taksiran awal jumlah kerugian harta benda dan kerosakan akibat bencana ribut dan angin kencang yang melanda lapan taman perumahan di daerah ini petang semalam, dianggarkan seba­nyak RM2.04 juta.

Bahana Ribut Taufan Melanda
Infor: Utusan Online & Frendzs
Ribut di Mersing Johor

Ribut di Johor Baharu


VIDEO ANEH!!! BAYI DILAHIRKAN SEPERTI IKAN DUYUNG.



SUBHANALLAH! - Kubur Ibu Tunggal ini Bercahaya Ketika Dikebumikan

Kubur Ibu Tunggal ini Bercahaya Ketika Dikebumikan (6 GAMBAR)

Subhanallah, Inilah satu kejadian yang jarang sekali berlaku dan jarang sekali kita diperlihatkan apabila Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar di percaya bercahaya sewaktu hendak di kebumikan.