Kecoh..!!! Penemuan Kasut Adidas Yang Dipakai Mumia Berusia 1500 Tahun (8Gambar)


 Khairulnizam.com - Medan sosial telah dikejutkan dengan artikel penemuan mumia yang usianya mencecah 1500 tahun (zaman kuno) dimana mayat tersebut ditanam dengan memakai kasut yang benar-benar menyerupai jenama terkemuka Adidas.

Mumia tersebut adalah seorang perempuan yang ditemui di Pergunungan Altai, Mongolia, lagi mengejutkan mumia tersebut mengenakan kasut menyerupai jenama Adidas ketika majlis pengkebumiannya. Oleh itu pelbagai andaian telah dibuat hingga begitu cepatnya berita ini tersebar di seluruh Dunia

 Adi Dassler (pengasasAdidas)
Menurut pengasas pengeluaran barangan Adidas Adi Dassler, barang yang pertama telah dihasilkannya ialah kasut bola pada tahun 1928 sewaktu sukan Olimpik. Pada ketika itu corak yang dikenakan adalah logo berline 3 dimana logo tersebut diguna pakai sehingga sekarang. Menurut beliau line 3 yang berada di tepi kasut keluaran Adidas dicipta khas untuk memberi ketahanan yang maksimum. Oleh itu penghasilan kasut bola rekaannya mendapat sambutan yang sangat menggalakan sehinggakan beliau menubuhkan perindustrian berjenama Adidas pada 18 Ogos 1949 iaitu 66 tahun yang lalu. Jauh sama sekali kelahiran Adidas pada tahun 1500 yang lampau.




Menurut beberapa penganalisis mendapati kasut yang dipakai oleh mumia berusia 1500 itu memang tepat menyerupai logo Adidas dan tiada sebarang bukti tentang pengeluarannya. Dengan penemuan yang menarik ini Dunia telah mendapat satu rumusan dimana pada zaman kuno dahulu kemahiran dan ketelitian, setiap pembuatan amatlah tinggi dan haruslah dijadikan contoh.  - Kecoh..!!! Penemuan Kasut Adidas Yang Dipakai Mumia Berusia 1500 Tahun (8Gambar)


Kewujudan Misteri Tengah-tengah Padang Pasir Pasti Kita Teruja (11 Gambar)


Kewujudan Misteri Tengah-tengah Padang Pasir Pasti Kita Teruja (11 Gambar) | Jika korang pergi ke padang pasir, tentunya kita hanya akan melihat padang pasir yang membentang sepanjang mata memandang. Selain panas dan kering, tentunya berada di sana tidak diingini oleh sesiapa. Mana tidaknya hanya ada pasir yang berdebu sahaja.


Tetapi jika anda melihat padang pasir ini mungkin akan sedikit tenang. Sebabnya di tengah-tengah himpitan bukit pasir, terdapat sebuah bandar yang sangat indah, dengan air tasik yang cukup banyak. Sehingga berada di sana tidak seperti di padang pasir yang lain.



Bandar ini berada di salah satu iklim kering di dunia. Adalah sebuah bandar oasis dengan pohon-pohon yang rimbun, seperti kelapa. Bandar ajaib ini disebut Huacachina, yang terdapat di padang pasir tandus di Peru. Pengunjung boleh melawat penempatan yang nyata. Dan hanya ada 96 penduduk yang menduduki penempatan tersebut, serta menjalankan usaha kecilnya pada sumber daya alam terbesar yang mereka miliki, iaitu pasir.



Tasik ini terbentuk secara semula jadi, tetapi ada legenda bahawa seorang puteri muda yang sedang mandi ketika ia ditemui oleh seorang pemburu dan melarikan diri, meninggalkan lopak. Jubahnya yang tertinggal dikatakan telah mencipta bukit pasir di sekitarnya.

Sekarang, keturunan orang-orang Inca membuat tempat tersebut menjadi destinasi pelancong, yang datang dari jauh untuk mendaki ke puncak bukit pasir. Di mana mereka boleh melihat matahari terbenam menerangi landskap berwarna emas, atau boleh digunakan untuk sandboards, yang banyak disewakan oleh penduduk setempat .




Huacachina terletak kira-kira 4 kilometer dari bandar selatan Ica, bekas bandar kolonial Sepanyol yang terletak di sempadan padang pasir. Apabila anda tiba di 'Oasis of America, "salah satu oasis lalu di Amerika Utara dan Selatan, anda akan disambut oleh pemandangan hotel luar bandar, kedai-kedai kuno dan bahkan sebuah perpustakaan di sekitar lagun.

Bandar ini sempat popular dan kaya di tahun 1940-an, yang biasanya digunakan pendatang untuk mandi di lagun, kerana ada mitos air yang ada di sana boleh sebagai penyembuhan. Kerana pemilik tanah banyak membina telaga untuk mengakses air tanah, ditambah dengan penyejatan selama musim panas dan suhu tinggi, tahap air lagun ini telah turun selama beberapa tahun terakhir.



Dalam usaha untuk mengatasi hal ini, air telah dipam ke dalam tasik dari Ica untuk keperluan penduduk Huacachina. Dan daerah ini telah dinyatakan sebagai tapak warisan budaya negara, oleh National Institute of Culture, dan diharapkan oasis yang tenang ini tidak akan pernah menjadi fatamorgana di padang pasir. KREDIT ZAMSPOON. - zs 

  • post: Kewujudan Misteri Tengah-tengah Padang Pasir Pasti Kita Teruja (11 Gambar)
  • by: zs


Bongkar Kisah Penangkapan Hantu Penanggal Makan Bayi Di Miri


Beberapa hari yang lalu, warga Miri digemparkan dengan penemuan Hantu Penanggal yang berjaya ditangkap oleh orang kampung. Norzley Ziey yang berkongsikan gambar dari Mohammad Rizal Razali itu mendakwa, Hantu Penanggal itu ditemui di sekitar kawasan Permyjaya dan Kampung Tudan.


“Awas! Di Miri sekarang ada hantu penanggal. Harap ibu-ibu yang sedang mengandung dan telah bersalin berhati-hati dan banyakkan membaca surah-surah. Jangan keluar malam-malam. Gambar yang saya post ini memang wujud. Hantu Penanggal ini ditangkap di Permyjaya bersama dengan seorang bayi yang menjadi makanannya. Kasihan bayi itu,” kata Nozley Ziey.



Gambar-gambar yang dimuat naik pada 22 September itu mendapat 226 shares di laman Facebook. Malangnya, dua gambar yang dimuat naik itu sebenarnya adalah gambar dari filem Penanggal, arahan Ellie Suriaty, yang ditayangkan pada tahun 2013.
Individu yang menyebarkan gambar-gambar berkenaan berniat menimbul rasa takut warga Miri. Ditambah pula dengan golongan netizen yang cepat mempercayai sesebuah berita tanpa melakukan pencarian terlebih dahulu.
Golongan yang suka mengada-adakan cerita yang tidak ada adalah berniat suka-suka atau inginkan perhatian dari orang ramai. Sehingga tidak menyedari apa yang dilakukan itu boleh mencetuskan kebimbangan rakyat setempat.

Post: Bongkar Kisah Penangkapan Hantu Penanggal Makan Bayi Di Miri


Kisah Misteri Penemuan Pelik Buah Menyerupai Wajah Syaitan


Kisah Misteri Penemuan Pelik Buah Menyerupai Wajah Syaitan | Terdapat di Kota Thoif, terletak lebih kurang 80 km dari Makkah. Kota ini dikelilingi oleh pergunungan. Di daerah ini pula tumbuh subur pohon ZAQQUM, pohon yang dipenuhi duri yang tajam dan menyerupai muka syaitan. Di dalam Al-Quran, buah pohon ini (buah ZAQQUM) ini bakal menjadi makanan penghuni NERAKA.

buah ZAQQUM



Merungkai Misteri Beribu Timbunan Cacing Tanah Keluar Dari Habitatnya


Merungakai Misteri Beribu Longgokan Cacing Tanah Keluar Dari Habitatnya Yang dikaitkan dengan GEMPA BUMI | Texas - Para penjaga Eisenhower State Park, Texas awalnya mengira, seseorang meninggalkan spageti, lengkap dengan bumbunya, di tengah jalan, di sekitar garis kuning yang memisahkan lajur. Namun, ketika didekati, benda misteri itu ternyata bukan mi Italia, melainkan timbunan cacing tanah berwarna merah muda yang membentuk barisan.

Para petugas menemukan fenomena luar biasa itu pada 29 Mei 2015, di jalan raya di belakang taman nasional di Denison, Texas, Amerika Serikat.


"Kami masih bingung, mengapa mereka memutuskan untuk berbaris di tengah jalan," kata inspektur di taman nasional, Ben Herman seperti dikutip dari ABC News, Kamis (4/6/2015).


"Bahkan ahli biologi kami pun tak habis fikir bagaimana cacing-cacing itu boleh menempatkan diri mereka dengan baik, mengatur jarak, dalam satu barisan yang sempurna."




Para penjaga (ranger) memutuskan untuk mengurai timbunan itu, untuk memastikan ada apa di sebaliknya. Ternyata, di dalamnya hanya terdiri dari cacing-cacing tanah belaka.

Haiwan yang tergolong daripada Oligochaeta tersebut ada di sana selama 2 hari, sebelum kembali ke dalam tanah, meninggalkan kotoran mereka di atas jalan.




Mengapa cacing-cacing tanah itu bersikap aneh?

Pihak Eisenhower State Park berpendapat, ada 3 teori yang boleh digunakan untuk menjelaskan fenomena tersebut.

Pertama, hujan lebat yang turun di Texas dan sekitarnya membuat tanah yang menjadi habitat para cacing tepu. Air yang meresap memaksa haiwan-haiwan invertebrata itu pindah ke kawasan yang lebih kering. Di atas jalan aspal.


Teori kedua adalah bunyi deruan hujan menyerupai suara predator yang menerjang masuk ke dalam lubang tempat para cacing berada. Jadi, mereka pun memutuskan pindah, saling berkumpul, untuk menghindari pemangsa. logik??


Namun tak ada yang boleh memberikan teori yang bernas, bagaimana cacing-cacing boleh sampai ke sana.




Teori yang ketiga, Gempa bumi? Ramai yang mengaitkannya dengan peristiwa gempa 5,9 skala Richter yang pernah pada, 27 Mei 2006 lalu di wilayah Berbah Indonesia ini kerana kejadian yang serupa berlaku sebelum terjadinya gempa bumi itu.

Walau bagaimana pun pihak Negara tersebut menafikan akan terjadinya gempa bumi sepertimana terjadinya di Indonesia, menurut pihak Negara tersebut memberitahu ia adalah perubahan cuaca dri musim hujan ke musim kemarau.


Merungkai Misteri  Beribu Timbunan Cacing Tanah Keluar Dari Habitatnya

sumber: ABC. news and frensz


MISTERI! - Penampakan Bunian Sewaktu PIkat Ayam [VIDEO 18SG]

MISTERI! - Penampakan Bunian Sewaktu PIkat Ayam [VIDEO 18SG]

Satu rakaman video sewaktu ingin mendenak/memikat ayam hutan terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut. Mengikut pada tajuk video tersebut kejadian ini dirakamkan di padang serai.