Home » , » Ajaib!! Pemuda 20an Hidup Tanpa Jantung Jadi Tumpuan Dunia

Ajaib!! Pemuda 20an Hidup Tanpa Jantung Jadi Tumpuan Dunia


Seorang lelaki berusia 25 tahun di sini dianggap ajaib di dunia apabila dia masih hidup selama 555 hari walaupun tidak memiliki jantung.

Stan Larkin sebelum ini disahkan menghidap penyakit jantung kardiomiopati yang merupakan sejenis penyakit kronik melibatkan otot jantung selain menyebabkan pembesaran jantung.

Dalam tempoh itu dia masih mampu meneruskan kehidupan seperti manusia normal lain kerana menggunakan jantung tiruan yang dipasang, sementara menunggu menjalani pemindahan organ daripada penderma jantung.




“Walaupun menggunakan jantung tiruan, saya sebelum ini mampu menjalani kehidupan seperti insan lain dan melakukan aktiviti lasak seperti bermain bola keranjang.

“Saya amat bersyukur kerana akhirnya menerima sumbangan jantung dan dan mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang memberi saya kehidupan semula,” katanya.

Larkin menjalani pembedahan transplan jantung di sebuah hospital pada 9 Mei lalu dan telah dibenarkan pulang ke rumah baru-baru ini.




0 comments: