Home » , , , » GEMPAR!!! Bayi Dilahirkan Dengan 31 Jari

GEMPAR!!! Bayi Dilahirkan Dengan 31 Jari


Sebuah perkampungan telah dikejutkan dengan kelahiran bayi yang memiliki jari kaki dan tangan berjumlah 31 jari. Bayi comel ini masih terlalu kecil bagi menjalani pembedahan pembuangan jarinya. Menurut pakar Kelahiran pelik ini terjadi daripada faktor keturunan..

China, Tiongkok - Bayi bernama Hong Hong telah mengejutkan penduduk di Republik Tiongkok kerana memiliki kiraan jari dan tangan yang berbeza daripada bayi lain. Oleh demikian sebuah perkampungan Pingjiang, provinsi Hunan, Tiongkok telah menjadi tumpuan ramai untuk melihat sendiri kejadian pelik itu.

Hong Hong memiliki 15 jari di kedua tangannya dan 16 jari kaki. Malahan, bayi berusia 4 bulan itu masih memiliki "tambahan" telapak tangan di kedua tangan namun tanpa ibu jari. Tapak tangannya kelihatan seperti ada dua. 

Hasil penyelidikan, Pakar menyifatkan Hong Hong mengalami polydactylism iaitu keadaan yang boleh terjadi pada manusia, anjing, dan kucing. Menurut pusat kesihatan kanak-kanak di Atlanta, keadaan ini biasanya dialami satu orang dari seribu kelahiran. Kelainan itu juga boleh diatasi dengan melakukan pembedahan operasi pembuangan yang sekarang masih difikirkan oleh ibu bapa Hong Hong. 



Keturunan juga boleh menjadi faktor bagi kelahiran tersebut. Ini disebabkan bahawa ibu kanak-kanak tersebut juga memiliki enam jari tangan dan kaki. Ketika bayi tersebut dalam kandungan, ia juga mengaku memikirkan tentang kelahiran anaknya yang akan memiliki keadaan sepertinya. 

Ayah bayi istimewa itu, Zou Chenglin, mengatakan bahawa ketika ini Hong Hong masih terlalu kecil untuk menjalani pembedahan operasi pembuangan jarinya. Doktor sendiri mengatakan pembedahan akan menjadi sulit kerana bayi tersebut tidak mempunyai jari menyerupai seperti ibu jari dan haruslah deberikan ibu jari palsu. Menurut doktor lagi, ibu jari adalah penting untuk menyokong kekuatan tangan supaya dapat memegang dengan kuat..

Bagi keluarga Hong Hong  Kos pembedahan tersebut masih terlalu mahal iaitu RM 130  ribu. Setakat ini mereka hanya mendapat bantuan RM 50 ribu yang dikumpulkan melalui internet. Tetapi malangnya cara demikian dihentikan sementara kerana ada beberapa pihak yang tidak setuju. Oleh itu keluarga Hong Hong bercadang untuk pulang ke Shenzhen, tempat tinggal mereka, supaya ayahnya boleh kembali bekerja mengumpulkan duit. - infor pelik, dunia, kebesaran ALLAH



0 comments: