Home » , , » MANGSA RUMAH DIREMPUH PESAWAT INDONESIA RUGI RM200,000 MINTA PAMPASAN

MANGSA RUMAH DIREMPUH PESAWAT INDONESIA RUGI RM200,000 MINTA PAMPASAN

INFOR SEMASA - MANGSA RUMAH DIREMPUH PESAWAT INDONESIA RUGI RM200,000 MINTA PAMPASAN.


http://khairulnizamnorain.blogspot.com/
MANGSA RUMAH DIREMPUH PESAWAT INDONESIA RUGI RM200,000 MINTA PAMPASAN



RM200 CALL 0137897688 NOW!!!

LANGKAWI 17 Mac – Keluarga Zulkifli Abu Mutalib, 46, (gambar) merayu agar pihak bertanggungjawab dapat membantu membina rumah mereka semula yang musnah akibat rempuhan pesawat KT-1 Woongbi di Kampung Gelam di sini.

Zulkifli yang masih trauma dengan kejadian tersebut berkata, sehingga kini belum ada sebarang kepastian hitam putih yang menunjukkan keluarganya akan mendapat bantuan bagi meneruskan kehidupan pada masa hadapan.

Bapa kepada enam anak itu dan sudah menetap di kampung itu sejak 19 tahun lalu memberitahu, dia mengalami kerugian hampir RM200,000 setelah pesawat milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) itu terhempas di atas rumahnya ekoran kemalangan di udara.

“Kini saya sekeluarga menumpang buat sementara waktu di sebuah hotel bajet berdekatan di Pantai Chenang setelah dibantu Kementerian Pertahanan.

“Tetapi kami tidak tahu berapa lama akan tinggal di sana, mungkin selepas ini saya akan menumpang pula di rumah ibu bapa atau adik-beradik yang lain kerana untuk membina rumah baharu memang saya tidak mampu,” kata kakitangan hotel itu ketika ditemui di tapak rumahnya di sini hari ini.


Kelmarin, empat juruterbang daripada pasukan akrobatik Jupiter, Indonesia mengalami kece*deraan setelah dua daripada enam pesawatnya terhempas ketika me*lakukan latihan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA 2015) di Kampung Darat dan Kampung Gelam.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 2 petang itu juga telah menyebabkan bapanya, Abu Mutalib Said, 70, dikejarkan ke Hospital Langkawi akibat terkejut dengan insiden tersebut.

Pada masa sama, Zulkifli memaklumkan, keadaan bapanya kini stabil dan masih dalam jagaan pihak hospital.

“Bapa saya menghidap penyakit darah tinggi dan sakit jantung sebelum ini, mungkin disebabkan terkejut melihat kejadian ini di depan matanya menyebabkan dia pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital.

“Dia kini dijaga oleh ibu saya, Siti Mariam Othman, 64, keadaannya semakin pulih dan saya difahamkan beliau mungkin dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa hari lagi,” ujarnya.



Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad ketika melawat keluarga Zulkifli hari ini berkata, beliau akan bertemu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak penganjur dalam tempoh terdekat untuk berbincang mengenai ganti rugi yang boleh diberikan kepada keluarga mangsa.

“Saya simpati atas apa yang berlaku biarpun tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun keluarga mang*sa telah mengalami trauma akibat kejadian berkenaan di samping kehilangan rumah yang menjadi tempat mereka berteduh selama ini.

“Saya berharap pihak-pihak bertanggungjawab dapat mempertimbangkan agar pembinaan semula rumah mangsa dapat dilaksanakan segera di tapak asal,” ujarnya.






0 comments: