Home » , , , , » Lagi Gempa Bumi Gemparkan Rakyat Malaysia

Lagi Gempa Bumi Gemparkan Rakyat Malaysia

Lagi Gempa Bumi Gemparkan Rakyat Malaysia | PETALING JAYA: Satu gempa bumi susulan hari ini dikatakan telah melanda daerah Ranau, Sabah lagi hari ini berukuran 4.5 pada skala richer. Ini adalah gempa bumi susulan yang ketiga semenjak gempa bumi di Sabah.

Lagi Gempa Bumi Gemparkan Rakyat Malaysia (Gambar)
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, "gempa bumi susulan' berlaku kira-kira 25 kilometer barat laut Ranau pada pukul 1.45 petang.



Gegaran dikatakan dapat dirasa di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud di Sabah.Gempa ini dapat dilihat menerusi objek di dalam bagunana selain bunyi gegaran.

Pihak Media yang berada disana untuk mengambil liputan tentang gempa bumi sebelum ini cemas dengan gegaran susulan ini. Di fahampkan gempa bumi susulan ini mengakibatkan banyak bangunan retak teruk.

Pada jumaat lalu, gempabumi berukuran 5.9 skala ritcher telah melanda Ranau pada pukul 7.15 pagi.
Di Fahamkan gempa bumi di Sabah ini adalah gempa yang paling teruk di Malaysia.




Kerana gempa tersebut 13 orang pendaki disahkan terkorban termasuklah Robbi Sapinggi 'Malim Gunung'. Beliau merupakan seorang yang disanjungi tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang para pendaki.



Siling Masjid Pekan Ranau rosak akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter awal pagi Jumaat.

Seorang kanak-kanak yang cedera akibat gempa bumi diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Ranau.

Beberapa tiang di sebuah bangunan di Ranau retak akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Pekan Ranau pada 7.15 hari ini.

Pintu cermin di sebuah bank di sini pecah akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Pekan Ranau pada 7.15 hari ini.

Foto menunjukkan runtuhan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Muhammad Ali, Ranau.

Video Detik - detik Cemas Kejadian Gempa Bumi Sabah


0 comments: