Home » , , » Dua Pelajar Ditahan Gara-Gara Sepak Motorsikal Polis

Dua Pelajar Ditahan Gara-Gara Sepak Motorsikal Polis

Dua Pelajar Ditahan Gara-Gara Sepak Motorsikal Polis
Ledang: Polis menahan seorang pelajar dan seorang penuntut kolej kerana menendang motosikal polis hingga mencederakan penunggangnya ketika operasi cegah lumba haram di Jalan Mulia Bukit Gambir di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang membonceng motosikal ditunggang penuntut kolej lelaki berusia 19 tahun, bersiap sedia untuk berlumba bersama hampir 20 mat rempit lain.

Ketua Polis daerah Ledang, Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, menyedari kehadiran polis semua penunggang panik dan cuba melarikan diri.

“Ketika cuba melarikan diri, pelajar berkenaan menendang motosikal dinaiki anggota polis hingga terjatuh.

“Bagaimanapun, kedua-dua suapek berjaya ditahan di kawasan berhampiran kerana lokasi sudah dikepong Unit Polis Peronda,” katanya.


0 comments: