Home » , , » INFOR SEMASA - MOHON MAAF ATAU DI UGUT BUNUH??? VIDEO HINA HUDUD

INFOR SEMASA - MOHON MAAF ATAU DI UGUT BUNUH??? VIDEO HINA HUDUD

INFOR SEMASA - MOHON MAAF ATAU DI UGUT BUNUH??? VIDEO HINA HUDUD

Heboh diperkatakan tentang video hina hudud bertajuk “Hudud Isi Periuk Nasi?” terbitan BFM Radio sehingga pengacaranya Aisyah Tajuddin menerima ugutan bunuh dan rogol di media sosial.

Video tersebut menunjukkan Aisyah begitu  seronok menghina hudud dengan gaya menyindir serta ekspresi muka yang menjengkelkan.

Persoalannya kenapa Aisyah sanggup menjadi watak utama melalui video tersebut walaupun BFM bertegas  Aisyah hanyalah pengacara pengganti BFM Kupas dan juga bukanlah pengarang skrip serta pandangan yang diajukan bukanlah pendirian peribadi beliau sedangkan Aisyah boleh menolaknya.

DAP yang sungguh-sungguh menentang hudud sehingga ke saat ini mungkin ada jawapannya. Berita ibu bapa Aisyah menyertai DAP dari Sinar Harian.

Tanpa sepatah kata permohonan maaf bapanya turut pertahan Aisyah walapun sedih dengan ugutan yang diterima anaknya.-SINAR HARIAN

P/s : Taubat la sementara pintu taubat masih terbuka... HINA HUDUD = HINA ISLAM
Dipos oleh Zs.

Ini Pula kata BFM..

Stesen radio berasaskan pernigaan, BFM melahirkan rasa kecewa ekoran ancaman bunuh dan rogol terhadap penyampainya, Aisyah Tajuddin kerana video kritik HUDUD – Gambar Malayskini
Kenyataan BFM menjelaskan bahawa Aisyah hanya menjalankan tugas sebagai pengacara video dan bukan menyampaikan pandangannya secara peribadi.

“Kami kecewa dengan serangan peribadi ke atas penyampai dalam video tersebut, Aisyah Tajuddin, termasuk ancaman bunuh dan rogol.

“Beliau (Aisyah) bukan pengarang skrip video tersebut, oleh itu pandangan yang diajukan bukan pendiriannya,” kata BFM dalam kenyataan medianya.

Video yang bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi? [Kupas]‘ dimuatnaik dalam laman web BFM dan Youtube menunjukkan Aisyah menyoal kepentingan Kelantan melaksana hudud di sebalik pelbagai musibah yang dihadapi negeri itu seperti banjir dan masalah sosial yang melibatkan peningkatan kes melibatkan dadah dan perceraian.

“Agama digunakan untuk mengalih perhatian orang daripada isu-isu yang lebih berat seperti ekonomi dan pentadbiran,” petik kata Aisyah dalam video tersebut.

Dia juga menyindir jikalau undang-undang hudud itu boleh mengisi periuk nasi memandangkan negara berhadapan dengan isu yang lebih besar seperti kegawatan ekonomi dan peningkatan hutang negara yang semakin serius.

Ekoran itu, pengacara dan stesen tersebut telah diancam dengan pelbagai komen dan ugutan negatif secara peribadi.

Justeru, stesen radio tersebut mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan mengumumkan untuk memadamkan video yang dihasilkan oleh unit bahasa Melayunya dengan kerjasama Projek Dialog.
 “Kami ingin memohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.”


BFM turut menjelaskan tujuan video tersebut dihasilkan adalah bertujuan untuk memberi komentar secara satira. FMT

0 comments: