Home » , » FENOMENA OMBAK GERGASI MELANDA PULAU PINANG

FENOMENA OMBAK GERGASI MELANDA PULAU PINANG






GEORGETOWN – Angin kencang barat daya menyebabkan laut bergelora dengan ombak gergasi sehingga menghempas tembok di Esplanade di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.



Ombak gergasi itu mencecah lebih tinggi daripada tiang lampu, mengakibatkan air laut melimpah di jalan raya, sehingga menyebabkan banjir di sepanjang Jalan Tun Syed Syeh Barakhbah di sini pada Isnin.

Pejalan kaki dilihat merakamkan fenomena yang jarang berlaku itu manakala kenderaan yang melalui jalan iberkenaan secara perlahan apabila ombak besar menghempas tembok.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi, angin kencang barat daya selaju 40kmj hingga 50kmj itu menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Miri, Sabah dan Labuan.

Fenomena itu dijangka berterusan sehingga Ahad depan. – mStar










0 comments: