Home » , , » Percayakah Anda Wujudnya Zoo Manusia

Percayakah Anda Wujudnya Zoo Manusia

Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an?


http://khairulnizamnorain.blogspot.com/2014/12/percayakah-anda-wujudnya-zoo-manusia.html

Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an?



Memang agak aneh bunyinya, namun itulah yang berlaku apabila ia dijadikan pusat untuk mempamerkan manusia ‘pelik’ seperti orang kerdil, golongan albino dan bongkok, khususnya di Eropah.

Selain itu, golongan asli kulit hitam juga turut menjadi ‘mangsa’ terutama oleh orang kulit putih yang gemar berbangga dengan perbezaan warna kulit mereka.
Pendek kata, ia simbolik kepada ‘kemuliaan’ yang dimiliki oleh bangsa kulit putih berbanding bangsa lain.

Era ‘zoo manusia’ ini sebenarnya sudah bermula sejak Zaman Pembaharuan Eropah atau Renaissance lagi terutama di kalangan golongan atasan sekitar kurun ke-16.

Mereka dikatakan gemar mengumpul manusia yang berbeza bangsa termasuklah dari Turki, Afrika, India kerana dianggap unik.


Menjelang tahun 1870, pameran ‘zoo manusia’ menjadi popular dan menular ke Paris, Hamburg, Antwerp, Barcelona, London, Milan, New York, dan Warsaw.

Jumlah pengunjung juga cukup besar iaitu mencecah antara 200,000 hingga 300,000 orang untuk setiap pameran.

http://khairulnizamnorain.blogspot.com/2014/12/percayakah-anda-wujudnya-zoo-manusia.html
Namun, Pameran Dunia Parsi pada tahun 1889 yang dipanggil Kampung Negro berjaya menarik sehingga 28 juta pengunjung.

Ia mempamerkan kira-kira 400 orang asli Afrika untuk tontonan ramai.

Bagaimanapun, kewujudan zoo manusia ini mengundang pelbagai kontroversi dan kritikan kerana ia dianggap merendah-rendahkan martabat manusia itu sendiri.

Ini kerana, pada masa itu, ramai pengunjung bertindak kasar dengan menjerit, memaki-hamun dan juga mengajuk bunyi binatang yang ditujukan kepada ‘penghuni’ zoo tersebut.

Kini, biarpun tiada lagi kewujudan zoo yang mengurung dan mempamerkan manusia ‘pelik’, namun konsepnya masih lagi diguna-pakai.


Sebagai contoh, sebuah perkampungan Afrika diwujudkan di Zoo Augsburg, Jerman pada tahun 2005 dan African Safari di Puebla, Mexico.

Bezanya, ia berfungsi untuk memberi pengetahuan mengenai budaya sesebuah negara kepada orang ramai berbanding zaman dahulu yang berbentuk penghinaan dan hiburan.

sumber dairishare


0 comments: