GEMPAR!! Video Rakaman Penumpang Keluar Dari Pesawat Turki Tergelincir Ketika Mendaratl.
RAKAMAN ini menunjukkan situasi dramatik penumpang yang menyelamatkan diri selepas sebuah pesawat Turkish Airlines tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal pada Rabu.
Ia menunjukkan para penumpang dalam keadaan ketakutan menggelongsor turun menggunakan luncur kecemasan sewaktu proses pemindahan selepas pesawat Airbus A330 itu terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu akibat masalah teknikal.
Rakaman itu dibuat oleh salah seorang daripada 238 orang yang menaiki pesawat berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada pagi Rabu.
Beberapa orang mengalami kecederaan ringan, namun tiada kecederaan parah dilaporkan.
Pesawat TK726 membuat pusingan di ruang udara di lapangan terbang selama setengah jam sebelum membuat percubaan kedua untuk mendarat dalam keadaan kabus tebal, selepas membuat penerbangan selama tujuh dari Istanbul.
Salah seorang penumpang yang tidak mahu dikenali berkata: "Pesawat itu tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk, dan kami mengelilingi di udara.
"Juruterbang memaklumkan kepada kami untuk tunggu antara 30 sehingga 60 minit, dan selepas setengah jam dia cuba untuk mendarat dengan kesannya yang amat kuat.
"Saya dengar bunyi dentuman yang sangat kuat, selain bunyi tangisan dan jeritan penumpang, dan pintu kecemasan dibuka serta-merta sebaik sahaja pendaratan cemas dilakukan."
Turkish Airlines dalam satu kenyataan rasminya berkata: "Kesemua penumpang dan anak kapal telah selamat dipindahkan dari pesawat dan dibawa ke terminal.
"Salah seorang daripada penumpang kami mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
"Langkah berjaga-jaga juga perlu diambil untuk membawa keluar pesawat itu dari tempat ia mendarat dan kerja-kerja berkaitan berhubung insiden ini sudah dimulakan.
"Pemeriksaan teknikal akan menentukan punca insiden," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. - mirror.co.uk
Informasi
0 comments:
Post a Comment