INFORMASI TERKINI - Kisah sebenar di sebalik kereta di atas pokok [4 GAMBAR]
Beberapa foto-foto tersebar dimedia sosial yang mana gambar sebuah kereta proton Saga BLM tergantung diatas pokok dan terpaksa diturunkan menggunakan kren.
Mayat mangsa, K Kumaran, 38, ditemui 8.15 pagi ini oleh sepasukan polis dan bomba selepas operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa menaiki kereta berkenaan bersama rakannya Abdul Samad Mydin Gani, 39.
Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dari arah Senawang menuju ke arah Taman Tasik Jaya dan melalui Jalan Persiaran Senawang 1 dan pada ketika itu hujan lebat.
"Akibatnya kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan sehingga terhumban ke dalam longkang besar di sebelah kiri jalan hala ke Taman Tasik Jaya.
"Kereta itu kemudiannya dibawa arus air kira-kira 209.3 meter dari tempat kenderaan itu mula-mula terbabas sehingga tersangkut iaitu di longkang bersebelahan kilang.
"Ketika kejadian, penumpang berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan, tetapi pemandu masih berada di kereta," katanya di sini.
Beliau berkata, pihak polis dengan bantuan bomba menjalankan usaha mencari pemandu kereta sehingga kira-kira 3 pagi, namun gagal. Usaha mencari terpaksa dihentikan atas dasar keselamatan dan cuaca yang tidak mengizinkan dan disambung 8 pagi sebelum menemui mayat mangsa berhampiran kereta," katanya.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HTJ untuk dibedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, difahamkan sebuah kereta Proton Perdana dinaiki lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak turut terbabas ke dalam longkang berkenaan, kira-kira jam 11 pagi tadi, namun semua mereka dilaporkan selamat. Credit DTR, Harian Metro
1 comments:
Title bagus. Menarik pengunjung utk membaca. Tahniah :)
Post a Comment