Home » , , , » 7 Atlit Kurang Upaya Mencatat Rekod Dunia

7 Atlit Kurang Upaya Mencatat Rekod Dunia

7 Atlit Kurang Upaya Mencatat Rekod Dunia


Kadang kala kita tidak pernah terfikir tentang golongan -golongan yang kurang upaya menjalani kehidupan seharian, sebenarnya golongan -golongan beginilah yang kuat semangatnya menjalani liku-liku kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini. Bagi golongan begini mereka dari kecil lagi belajar tentang ketabahan, kecekalan, keazaman, tidak kenal erti putus asa kerana mereka percaya kejayaan seseorang terletak daripada diri sendiri. Kalau nak berjaya berusaha sampai berjaya walaupun tiada tangan, kaki, buta, dan sebagainya. Bagi kita yang normal ni macamna pula?

Berikut adalah  7 Atlit Kurang Upaya Mencatat Rekod Dunia :

1. Atlit Pengulat yang mempunyai satu kaki boleh menjuarai Peringkat Nasional 


Anthony Robles dari Arizona State University hanya memiliki satu kaki, tapi mampu membuatnya menjadi juara nasional gulat kelas berat . Lahir dengan satu kaki, Robles mengambil kelas 125 pound dengan 7-1 kali menang atas juara bertahan Matt McDonough of Iowa. Kerja keras Robles membuatnya mendapatkan penghargaan dari olahraga yang sejatinya mustahil bagi penyandang cacat ini.

2. Tanpa Kedua Kaki Boleh Menjadi Pemain Pro NFL


Inilah kehidupan luar biasa Bobby Martin dari Dayton Ohio. Ia dilahirkan tanpa kaki dan ternyata mampu bermain Rugby secara professional. Lawan-lawannya pun takluk dan menaruh hormat atas prestasi dari Bobby.

3. Gadis Cilik Tanpa Dua Kaki Mampu Berjalan dan Berenang


Qian Hongyan, yang dipaksa untuk menggunakan setengah bola basket sebagai tubuh palsu itu, menginspirasi jutaan orang dengan keazamanyan untuk bersaing sebagai perenang dalam Pra Olimpiade. Pada tahun 2000, Qian Hongyan, mengalami kemalangan bersama keluarganya, ketika itu beliau masih berusia 3 tahun.

4. Tanpa Kedua Kaki Atlit ini Bertekad Untuk Berlumba Marathon


Lance Benson, 36 tahun  di lahirkan tanpa kaki mampu bersaing dalam acara-acara olahraga dengan cara duduk di atas skateboard dan menggunakan tangannya sebagai pendorong dan pengendali pergerakan tubuhnya.

5. Skateboarder Handal Tanpa Kaki


Italo Romano merupakan salah satu pemain skateboard handal yang tidak memiliki kaki. Kehidupannya banyak mengajar beliau erti kesusahan, dengan adanya skateboard dia gunakan untuk bergerak, ternyata sekarang dia memiliki skill yang baik untuk beraksi.

6. Tanpa Kedua Belah Kaki, Pemuda ini Mendaki Tembok China


Fantastis, walau pemuda ini kehilangan kakinya dalam kemalangan kereta api beberapa tahun lalu, ia sanggup naik Tembok Besar China. Huang Jianming yang berasal dari Shenzhen, China Selatan.
Kini tingginya hanya 85 cm dan berat 39 kilogram, Huang menyebut dirinya 'setengah manusia' kerana memang tubuhnya tinggal setengah. Walau ditinggalkan oleh isterinya dengan keadannya yang sekarang, namun ia bertekat menjadi salah satu atlit pendaki handal di China.

7. Pemain Akrobat Hebat Tanpa Kaki


Pemuda bernama Eli Bowen ini menjadi luar biasa kerana dilahirkan cacat dari 10 saudaranya yang lahir normal. Lahir di Ohio pada 14 Oktober 1844, Eli lahir dengan tapak kaki di pinggul nya. Pada umumnya, Eli Bowen adalah seorang pria yang lahir dengan kaki tapi tidak mempunyai kaki.

Semoga dengan entry kali ni berguna untuk kita semua fikir-fikirkan tentang setakat mana usaha kita sebelum kita mengaku kalah.

7 Atlit Kurang Upaya Mencatat Rekod Dunia



0 comments: