Gambar Hiasan |
Rasanya bukan kanak-kanak sahaja yang menghadapi masalah semasa bangun dari tidur,orang dewasa seperti kita juga kadang-kadang menghadapi masaalah semasa bangun dari tidur.Tak perlu lagi kita bandingkan dengan cara kita dibangunkan semasa zaman kanak-kanak dulu.Mesti ramai yang melalui pengalaman bagaimana kita dibangunkan dengan cara agak kasar seperti selimut kita ditarik keras,kena teriak dengan kuat "bangunnnn.. !! kemudian disiram dengan air. Apa perasaan kita masa tu,mesti marah kan?
Memang kita berasa marah sekiranya anak yang kita kejutkan tidak bangun serta-merta,tapi tahukah anda bahawa manusia perlukan 20 saat untuk jadi sedar sepenuhnya semasa bangun tidur.Bagi kanak-kanak pula berikan dia masa paling lama 5 minit untuk sedar dari lena tidur,
Nak kejutkan tidur pun ada caranya ke? Oh sudah semestinya ada cara dan adab yang betul, untuk memastikan kesejahteraaan rohani dan jasmani.
Sebab apa ia ada kaitan dengan kesihatan jasmani?
Ini kerana jantung kita berdengup pada kadar yang agak perlahan semasa kita tidur. Untuk menjaga jantung, amat perlu kita mengawal pergeraakan semasa bangun dari tidur. Jika kita nak bersenam pun kita akan panaskan badan (warming up), begitu juga bangun dari tidur.
ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR
Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
Beri salam kepada anak yang sedang tidur
Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya kita menggunakan pendekatan yang baik untuk mengejutkan anak kita. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya. Kekerasan seperti meleteri, merentap kain selimuut dan menarik telinga anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur. Ia akan merosakkan personaliti anak kita. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tag : #tips
0 comments:
Post a Comment