Penyelam Kutip Sampah Jumpa Harta Karun
Posted by Admin
Posted on 09:15
with No comments
Sekumpulan penyelam di New Zealand yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tapak pelupusan sampah di sebuah pelabuhan terkejut apabila menemukan sejumlah harta karun di dasar laut pelabuhan tersebut, termasuk 868 keping syiling emas. AGENSI
WELLINGTON 28 Sept. – Sekumpulan penyelam di New Zealand yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tapak pelupusan sampah di sebuah pelabuhan di sini, terkejut apabila menemukan sejumlah harta karun termasuk 868 keping syiling emas.
Portal berita Daily Mail melaporkan, seramai lima anggota dari 99 Crew Dive Team yang melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap di Wellington Harbour, New Zealand, tidak menyangka mereka akan menjumpai barangan berharga itu di kawasan operasi yang mereka jalankan.
Stuff.co.nz melaporkan, ketika kejadian, anggota penyelam menjalankan operasi mengutip sampah di sekitar dermaga tersebut, namun tidak pula memberi nilai sebenar syiling emas berkenaan.
Seorang anggota kumpulan penyelam itu menjelaskan, apa sahaja benda bernilai yang dijumpai akan dijual, dan hasilnya akan digunakan untuk menampung kerja-kerja pembersihan tersebut yang pada awalnya menggunakan duit poket para penyelam sendiri.
Beberapa imej rakaman yang dimuat naik di Internet memaparkan pasukan penyelam itu menunjukkan kesungguhan mereka menarik naik sejumlah barangan dari dalam laut ke darat.
Kumpulan penyelam itu merupakan yang kedua melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh dua minggu.
Pasukan penyelam tersebut menganjurkan kerja pembersihan laut secara berkala bagi membantu membersihkan kawasan pelabuhan.
Post:
0 comments:
Post a Comment