Ngeri Penunggang Motosikal Terperosok Belakang Lori. 3 Gambar
Kejadian ini berlaku petang semalam di KM286.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, berhampiran dengan susur keluar ke Simpang Pulai. Sebuah lori sarat dengan muatan Ayam mengalami masalah suhu naik memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan. Pemandu lori keluar dan mengangkat kepala lori dan ketika itu datangnya sebuah motosikal malang melanggar belakang lori yang membuatkan penunggangnya terperosok ke bahagian bawah lori tersebut.
Berikut adalah laporan penuh kejadian ini.
Tarikh Kejadian:18/01/2015 @ 1520hrs
Lokasi: KM286.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara/ Berhampiran Susur keluar Simpang Pulai
Kenderaan yang terlibat:
K1: M/sikal AGQ6652 jenis Honda Wave x
K2: M/lori AJL8353 Jenis Hino Euro
kemalangan jalan raya di KM286.9 lebuhraya Utara Selatan melibatkan m/sikal dan m/lori.
Kejadian berlaku pada 18/01/2015 lebih kurang jam 1520 di Km286.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran dengan susur keluar daari Simpang Pulai.Kemalangan melibatkan K1 dan K2. K2 di percayai dalam perjalanan dari Gopeng menuju ke Bercham membawa muatan ayam manakala K1 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping berdasarkan alamat pada kad pengenalan. Sampai di tempat kejadian dipercayai K2 mengalami masalah suhu naik lalu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan. Pemandu keluar dan baru sahaja mengangkat kepala m/lori tiba-tiba kedengaran sesuatu melanggar bahagian belakang m/lori. Mangsa didapati tersepit di bawah m/lori dan bantuan telah diberikan oleh pihak Bomba untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa telah dibawa ke Forensik HRPB Ipoh untuk Post Mortem dan akan dilakukan setelah waris sampai dari Taiping.
Keadaan Jalan Lurus dua lorong satu hala, jalan kering dan cuaca baik dan terang, berhampiran susur keluar Simpang Pulai
Semoga keluarga mangsa tabah dengan apa yang berlaku. Kepada penunggang motosikal di luar sana diingatkan untuk lebih berhati-hati dan sentiasa peka apa yang ada di depan anda terutamanya jika anda menunggang di laluan kecemasan. Ini kerana banyak kenderaan terutamanya kenderaan besar memberhentikan kenderaan mereka kerana pelbagai masalah di laluan tersebut. Moga kalian semua sentiasa dilindungi Allah SWT.
posted@khairul nizam