Home » , , » Konspirasi Nasa Kewujudan Makhluk Asing.

Konspirasi Nasa Kewujudan Makhluk Asing.

Konspirasi Nasa Kewujudan Makhluk Asing/Rakaman Video Jet Tentera US Bersama UFO.

Walaupun kita semua telah belajar semua tentang bumi,tetapi masih terdapat lagi rahsia alam angkasa lepas yang belum kita terokai. Disini telah dikumpulkan beberapa teori-teori konspirasi yang paling terkenal mengenai ruang angkasa:-



RM200 CALL 0137897688 NOW!!!
Permukaan Planet Marikh!!

Pada tahun 1970-an, kapal angkasa NASA mengambil gambar permukaan Marikh dan menghantar imej kembali ke NASA. Dalam satu gambar, bukit di permukaan Marikh kelihatan sedikit seperti menyerupai muka manusia. Ahli teori konspirasi berteorikan bahawa suatu tamadun makhluk asing telah menjajah planet Marikh dan bahagian muka adalah bukti kewujudan makhluk asing.


Bila bercakap tentang UFO, perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya 'alien' itu?. Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?

Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia. Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold. Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington, dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan "kecepatan yang luar biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600 km/jam.

 Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air" dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti pai", "berbentuk seperti piring", dan "berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar" (namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer). Pada Julai tahun yang sama, terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.


Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561. Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya. Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang sama. Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO. Ini tidak penting. Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang dinamakan sebagai 'alien' tadi.

 'Alien' dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell. Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947. Peliknya, selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika. Kemudian pihak media,penulis buku, filem dan pelbagai lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing. Kemudian kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi. Antara yang popular ialah siri televisyen X-Files. Di dalam siri ini, Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena UFO.


Ramai yang percaya bahawa tentera AS telah menjumpai kemalangan kapal angkasa makhluk asing di Roswell, New Mexico. Mereka mendakwa bahawa pelbagai bahagian kapal angkasa makhluk asing itu telah diambil dari tempat kejadian.


Rahsia kerajaan adalah tunjang dalam teori konspirasi. Menurut William L. Moore, "UFO logist," Kebesaran-12 adalah kod nama untuk jabatan kerajaan rahsia yang diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman.

Objek yang didakwa UFO yang dikesan berhampiran ISS.
Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dikesan berhampiran Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) baru-baru ini, Imej UFO itu dirakam oleh kamera pengesan makhluk asing selepas angkasawan memindahkan beberapa bahagian badan stesen itu yang mengorbit Bumi, lapor portal Mirror.co.uk.
Objek itu kemudiannya hilang di belakang ISS sehingga menimbulkan dakwaan stesen angkasa lepas tersebut menjadi tempat bagi makhluk asing bergaul dengan manusia.

Peminat bidang angkasa lepas sering mengesan objek-objek pelik berhampiran ISS walaupun mereka kerap menjelaskan objek itu adalah serpihan angkasa lepas. 





0 comments: