Home » , » Tips GST Cara Elak Dari Ditipu.

Tips GST Cara Elak Dari Ditipu.

semoga ia dapat membantu para pengguna mengelakkan diri daripada ditipu golongan peniaga yang tidak jujur dan menggunakan GST sebagai alasan untuk mereka mengaut keuntungan haram serta meletakkan pihak kerajaan sebagai kambing hitam.


Tips cara elak dari ditipu

RM200 CALL 0137897688 NOW!!!



TIPS GST

1. Sebelum membeli barang, tanya peniaga dahulu sama ada harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.

2. Jika ada GST, tanya lagi adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (SSM) dan juga no pendaftaran GST 12 digit. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.

3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di laman sesawang kastam untuk memastikan syarikat tersebut memang benar-benar berdaftar GST dan dibenarkan untuk mengenakan GST pada pelanggan.

4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.

Contoh resit yang ada maklumat GST
Peniaga boleh dikenakan denda RM200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan.

Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.

Sebar-sebarkan informasi berguna ini.

Untuk panduan semua rakyat Malaysia, Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di GST 2015. atau di MPIB

Kredit: Saudara Fazrul
Sumber: The Patriots

0 comments: