Google Malaysia di HACKED - KUALA LUMPUR - Laman sesawang Google Malaysia hari ini dipercayai telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai TiGER-M@TE.
Insiden itu turut dikesan oleh Astro AWANI sekitar jam 9.55 pagi tadi dan sehingga laporan ini ditulis, masalah yang sama masih berlaku.
Akses terhadap laman utama enjin pencarian
popular itu tidak dapat dicapai malah satu paparan berwarna hitam yang tertera
perkataan Hacked dipaparkan.
Ketika
dihubungi Astro AWANI, jurucakap Google Malaysia, Zeffri Yusof menafikan
dakwaan godaman tersebut tetapi berhadapan masalah dengan pihak DNS dan
pihaknya sedang menyiasat mengenai kejadian terbabit.
Susulan itu juga, Google Malaysia mengeluarkan
satu kenyataan rasmi – “Kami sedar bahawa beberapa pengguna menghadapi masalah
melayari google.com.my, atau telah diarahkan ke laman web yang berbeza.
Perkhidmatan Google untuk domain google.com.my tidak terjejas. Kami sedang
berhubung dengan organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan nama domain
dan berharap untuk menyelesaikan isu ini. "
Ini bukanlah kali pertama kejadian yang sama
berlaku. Pada tahun 2013, percubaan godaman yang seakan sama turut berlaku
kepada laman Google Malaysia.
0 comments:
Post a Comment