Home » » Tips Untuk Kita - Senaman Mata Dapat Perkuat Daya Ingatan

Tips Untuk Kita - Senaman Mata Dapat Perkuat Daya Ingatan


Senaman Mata Dapat Perkuat Daya Ingatan | Tahukah anda dengan menggerakan ke kiri dan kanan secara berulang selama 30 saat dapat meningkatkan daya ingatan. Perkara yang mudah buakan??

Inilah dakwaan sekumpulan penyelidik Universiti Manchester Metropolitan yang disiarkan dalam edisi jurnal Brain & Congnition.

"Senaman mata itu bukan setakat berkesan tetapi memberi alternatif lebih sihat daripada menggunakan bahan stimulasi tiruan dan pil penguat daya ingatan yang banyak digunakan", kata ketua penyelidik, Dr Andrew Parker kepada wartawan.

Penyelidik mendakwa senaman itu ternyata terbukti bermanfaat kerana pergerakan mata menyebabkan dua bahagian otak saling berinteraksi secara lebih berkesan antara satu sama lain.

"Penemuan ini menyebabkan kami sebegitu teruja. Bukan sahaja individu biasa, tetapi pelajar yang sedang mentelaah pelajaran untuk periksa juga dapat menafaatkan senaman mata berkenaan," katanya.

Ia disebabkan senaman yang sebegitu mudah itu dapat meningkatkan daya ingatan, khususnya membabitkan usaha menyerapkan butiran maklumat dan mengurangkan kesilapan."

Tips Untuk Kita - Senaman Mata Dapat Perkuat Daya Ingatan

sumber : times of india and frensz


0 comments: