Home » , » Gempar!!! Kapal Usia 300 Tahun Dijumpai Penuh Berisi Emas

Gempar!!! Kapal Usia 300 Tahun Dijumpai Penuh Berisi Emas


Gempar!!! Kapal Usia 300 Tahun Dijumpai Penuh Berisi Emas | Kapal berusia lebih 300 tahun itu dipercayai penuh sarat berisi dengan harta karun berbentuk muatan emas, zamrud dan duit syiling perak.


BOGOTA – Kerajaan Colombia mengumumkan telah berjaya menemui sebuah kapal lama terkenal milik Sepanyol, San Jose yang karam di perairan Cartagena dekat sini pada abad ke-18 lalu. Beliau telah membuat pengumuman mengenai berita berkenaan menerusi akaun Twitter rasmi miliknya pada Jumaat dan menambah, sidang media rasmi hanya akan diadakan kemudian.


Namun pengumuman itu tidak menjelaskan mengenai isu perundangan antara kerajaan Colombia dengan agensi pencari harta karun Amerika Syarikat, Sea Search Armada (SSA) berhubung pemilikan bangkai tersebut.

Terdahulu, pihak SSA dan kerajaan Colombia telah menjalinkan kerjasama bagi mencari bangkai kapal mengikut piawaian kastam antarabangsa selain bersetuju untuk berkongsi harta yang diperoleh.


Kerajaan Amerika Latin itu bagaimanapun mengubah pendirian apabila mengumumkan sebarang harta karun yang ditemui adalah dianggap sebagai milik penuh pihak berkuasa Colombia.

San Jose karam pada 1708 di Laut Caribbean tidak jauh dengan bandar pelabuhan, Cartagena. Ia merupakan sebahagian daripada armada Raja Philip V yang digunakan dalam perangnya menentang Britain. – Sumber: Agensi



0 comments: