Antara Gambar-Gambar Dari Planet Marikh

Nasa telah dedahkan beberapa gambar dari planet Marikh yang Dunia belum pernah melihatnya. https://bit.ly/2S8FbUt 

Sumber ini telah disahkan oleh NASA, mereka telah membuat rakaman tersebut dengan menggunakan robot.









Setelah melihat gambar - gambar tersebut, jelas kelihatan keadaannya sama seperti muka bumi..

Sumber: web NASA



Kerbau `Aksi Versi' Jakie Chan Maut Atas Bumbung Porsche

MALANG tidak berbau… Pemandu dan dua penumpang Porsche Cayenne menempuh pengalaman lucu tapi penuh debaran apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seekor kerbau. ZS


Insiden dramatik ala aksi filem Hollywood itu menyaksikan haiwan mamalia berkenaan terpelanting sebelum ‘berjaya’ masuk ke dalam kenderaan tersebut di Perak semalam, menurut laporan media tempatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi, kereta itu yang dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Langkap, tidak sempat mengelak seekor kerbau yang sedang melintas jalan di Kilometer 12 Jalan Changkat Jong.

Akibat perlanggaran itu, kerbau berkenaan tercampak sebelum terhempas di atas cermin pelindung matahari di bumbung kenderaan itu sehingga lapisan berkenaan pecah dan haiwan berkenaan terperosok ke dalam kenderaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan ketika dihubungi media berkata, nahas agak luar biasa itu menyebabkan bahagian depan kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan turut remuk.


katanya hari ini.Yahaya dalam pada itu menjelaskan bahawa  cuaca baik ketika kejadian berlaku dengan jalan lurus, tetapi gelap berikutan tiada lampu jalan di sepanjang laluan berkenaan. –


Smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Android Terbaik 2016


Bagi peminat Android yang pentingkan spesifikasi terbaik dan murah, jenama Xiaomi menjadi pilihan kerana spesifikasi yang cukup sempurna dibandingkan dengan jenama yang lain. Secara tidak lansung jenama Xiaomi menduduki carta smartphone terbaik, tercanggih, termurah pada tahun 2016

Keterujaan pengguna dengan model Redmi Note 3 spesifikasi 32GB hingga 256GB memori dalaman, mempunyai kelajuan 3GB hingga 4GB RAM, mempunyai kelengkapan kamera belakang 16MP dan kamera depan 5MP dan ketahanan daya baterinya iaitu 4.000mAh. Harga yang ditawarkan lingkungan US$ 160 (RM640) membuatkan Smartphone jenama Xiaomi terlaris dipasaran dengan hanya berpublisitikan dalam talian sahaja.

Baru-baru ini Xiaomi telah melancarkan keluarannya Redmi Note 4 kerana terkesan dengan sambutan yang luar biasa keluaran sebelumnya. Spesifikasinya pula tidak banyak perbezaan, Redmi Note 4 tersedia dalam model 16GB/RAM 2GB dan 64GB/RAM 3GB RAM, dilengkapi kamera belakang 13MP dan kamera depan 5MP dan ketahanan beterinya diperkuatkan dengan 4.100mAh. Harganya pula ada sedikit murah dibandingkan dengan keluaran sebelumnya iaitu lingkungan US$ 135 (RM542).


Mentega Seberat 10kg Berusia 2,000 Tahun Ditemui


Bertempat di Drakerath, Ireland, mentega seberat kira-kira 10kg dan dipercayai berusia lebih 2,000 tahun telah dijumpai seorang pemotong rumput bernama Jack Conway ketika sedang bekerja di kawasan paya gambut Emlagh. Mentega tersebut dikatakan berbau seperti keju tertanam di bawah tanah sedalam 3.6 meter.


SAVINA DONOHOE (kiri) bersama Andy Halpin (kanan) bersama mentega berusia kira-kira 2,000 tahun yang ditemukan oleh Jack Conway (tengah) di Drakerath, utara Ireland, baru-baru ini.

Kemudian, Conway menghubungi Muzium Wilayah Cavan, untuk membawa mentega itu ke Muzium Negara. Menurut pembantu Muzium Bahagian Antik Ireland, Andy Halpin, secara teori mentega itu boleh dimakan tetapi digalakkan. Menurut laporan Mail Online, tanah paya gambut sering digunakan untuk mengawet mentega tetapi pakar-pakar mendakwa mentega itu ditanam sebagai persembahan kepada tuhan untuk menjaga keselamatan kawasan berkenaan.





Ajaib!! Pemuda 20an Hidup Tanpa Jantung Jadi Tumpuan Dunia


Seorang lelaki berusia 25 tahun di sini dianggap ajaib di dunia apabila dia masih hidup selama 555 hari walaupun tidak memiliki jantung.

Stan Larkin sebelum ini disahkan menghidap penyakit jantung kardiomiopati yang merupakan sejenis penyakit kronik melibatkan otot jantung selain menyebabkan pembesaran jantung.

Dalam tempoh itu dia masih mampu meneruskan kehidupan seperti manusia normal lain kerana menggunakan jantung tiruan yang dipasang, sementara menunggu menjalani pemindahan organ daripada penderma jantung.




“Walaupun menggunakan jantung tiruan, saya sebelum ini mampu menjalani kehidupan seperti insan lain dan melakukan aktiviti lasak seperti bermain bola keranjang.

“Saya amat bersyukur kerana akhirnya menerima sumbangan jantung dan dan mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang memberi saya kehidupan semula,” katanya.

Larkin menjalani pembedahan transplan jantung di sebuah hospital pada 9 Mei lalu dan telah dibenarkan pulang ke rumah baru-baru ini.




Bank Negara Kenakan Wang Advance RM200 Kepada Akaun Pengguna Debit Kad


Hal ini diketahui, setelah seorang pengguna terkejut lalu membuat laporan kepada Bank berkenaan apabila mendapati wang simpanannya kurang daripada sepatutnya. Hal ini bertambah pelik apabila wang advance yang dikenakan itu tidak dimaklumkan dipenyata kewangan Bank. Wajarkah?? - Zs

 Menurut sumber dari pihak berkuasa, kes seumpama ini telah banyak dilaporkan.

Untuk pengetahuan kepada rakyat Malaysia yang tak tahu, atau tak ambil tahu, atau tak perasan sebab duit banyak sangat dalam akaun, Ni penjelasan dari pihak Bank berkenaan daripada Bank Negara. "Untuk pengetahuan Tuan, Puan, Cik... Pihak Bank akan mengambil wang pendahuluan dari akaun bagi pemegang kad debit apabila pihak Tuan menggunakan kad debit seperti kad kredit."

So lepas ni tak boleh panggil kad debit...

Jelasnya lagi, "Pihak Bank akan memulangkan semula wang tersebut dalam tempoh 7 hingga 14 hari waktu bekerja" Lamanya... Pelbagai persoalan bermain dalam otak..

So, lepas ni kalau korang pakai kad debit untuk isi minyak ke, shoping ke.. macam-macam lagi ke.. jangan tekejut dan pelik duit dalam akaun kurang daripada sepatutnya... 

Contohnya, Belanja RM20 isi minyak, esok pergi bank, tengok duit hilang RM200, print out penyata kewangan, TIADA BUKTI TRANSAKSI.... Rupanya Bank Negara Sedut tanpa pegetahuan kita.

sumber : Zs