Bintang Sensasi Bola Sepak Arsenal Mesut Ozil Tunai Umrah


PEMAIN sensasi Arsenal, Mesut Ozil telah berangkat ke Makkah, Arab Saudi baru-baru ini bagi menunaikan ibadah umrah sebelum berlangsung kejohanan bola sepak EURO 2016 yang akan berlangsung di Perancis bulan hadapan.

Gambar pemain antarabangsa Jerman berketurunan Turki itu di Tanah Suci mula tersebar di media sosial malah kelibat Ozil itu disedari beberapa jemaah di sana waima mereka juga sempat merakamkan selfie bersamanya.




Bintang Arsenal berusia 27 tahun itu sememangnya terkenal sebagai seorang Muslim yang taat. Malah dia sering dilihat menadah tangan berdoa sebelum tiupan wisel sesuatu perlawanan disertainya bermula.

Sekembalinya daripada menunaikan umrah, Ozil akan bersama-sama dengan pasukan Jerman bagi membuat persiapan akhir menghadapi perlawanan berprestij benua Eropah itu di sekitar Perancis.

Difahamkan, semasa keberadaan di Timur Tengah itu, Ozil telah melawat sebuah kem pelarian di Jordan iaitu Kem Zaatari dan sempat meluangkan masa bermain bola sepak dengan penghuni kem tersebut.


Selain Ozil, terdapat beberapa pemain bola sepak dunia Muslim yang terkenal seperti Riyad Mahrez (Leicester City) dan Adnan Januzaj (Manchester United) yang turut sama menunaikan umrah.


GEMPAR!!! Bayi Dilahirkan Dengan 31 Jari


Sebuah perkampungan telah dikejutkan dengan kelahiran bayi yang memiliki jari kaki dan tangan berjumlah 31 jari. Bayi comel ini masih terlalu kecil bagi menjalani pembedahan pembuangan jarinya. Menurut pakar Kelahiran pelik ini terjadi daripada faktor keturunan..

China, Tiongkok - Bayi bernama Hong Hong telah mengejutkan penduduk di Republik Tiongkok kerana memiliki kiraan jari dan tangan yang berbeza daripada bayi lain. Oleh demikian sebuah perkampungan Pingjiang, provinsi Hunan, Tiongkok telah menjadi tumpuan ramai untuk melihat sendiri kejadian pelik itu.

Hong Hong memiliki 15 jari di kedua tangannya dan 16 jari kaki. Malahan, bayi berusia 4 bulan itu masih memiliki "tambahan" telapak tangan di kedua tangan namun tanpa ibu jari. Tapak tangannya kelihatan seperti ada dua. 

Hasil penyelidikan, Pakar menyifatkan Hong Hong mengalami polydactylism iaitu keadaan yang boleh terjadi pada manusia, anjing, dan kucing. Menurut pusat kesihatan kanak-kanak di Atlanta, keadaan ini biasanya dialami satu orang dari seribu kelahiran. Kelainan itu juga boleh diatasi dengan melakukan pembedahan operasi pembuangan yang sekarang masih difikirkan oleh ibu bapa Hong Hong. 



Keturunan juga boleh menjadi faktor bagi kelahiran tersebut. Ini disebabkan bahawa ibu kanak-kanak tersebut juga memiliki enam jari tangan dan kaki. Ketika bayi tersebut dalam kandungan, ia juga mengaku memikirkan tentang kelahiran anaknya yang akan memiliki keadaan sepertinya. 

Ayah bayi istimewa itu, Zou Chenglin, mengatakan bahawa ketika ini Hong Hong masih terlalu kecil untuk menjalani pembedahan operasi pembuangan jarinya. Doktor sendiri mengatakan pembedahan akan menjadi sulit kerana bayi tersebut tidak mempunyai jari menyerupai seperti ibu jari dan haruslah deberikan ibu jari palsu. Menurut doktor lagi, ibu jari adalah penting untuk menyokong kekuatan tangan supaya dapat memegang dengan kuat..

Bagi keluarga Hong Hong  Kos pembedahan tersebut masih terlalu mahal iaitu RM 130  ribu. Setakat ini mereka hanya mendapat bantuan RM 50 ribu yang dikumpulkan melalui internet. Tetapi malangnya cara demikian dihentikan sementara kerana ada beberapa pihak yang tidak setuju. Oleh itu keluarga Hong Hong bercadang untuk pulang ke Shenzhen, tempat tinggal mereka, supaya ayahnya boleh kembali bekerja mengumpulkan duit. - infor pelik, dunia, kebesaran ALLAH



FENOMENA ELNINO PUNCA BILL ELEKTRIK MELAMBUNG KATA TNB


Sejak beberapa hari ini menjadi bualan ramai di media sosial dan terdengar keluhan ramai orang yang memberitahu cas tarif elektrik yang naik mendadak secara tiba-tida sedangkan penggunaanya sama seperti setiap bulan.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui laman Facebooknya TNB Careline dilihat memberitahu tiada sebarang kenaikan tarif.

Sebaliknya pihak TNB mengatakan fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas melampau menyebabkan bil elektrik meningkat.

Apa kaitan cuaca panas dengan kenaikan mendadak bil elektrik ini? pasti ramai yang hendak tahu apa kaitanya.

Seorang pengguna Facebook bernama  Mohd Fikrie Yahya yang dilihat ariff dalam bidang ini telah tampil menceritakan apa kaitan cuaca panas melampau dengan kenaikan tarif elektrik yang mendadak ini sedangkan penggunaan sama seperti bulan sebelumnya.

Jom kita baca.

Ilmu tariff eletrik

Dah heboh di page sana sini bill elektrik meningkat bulan ni. ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB aku nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing2 akan faham. insyaallah bila tak kedekut ilmu kita akan diberi ilmu lebih lagi.

Saya sertakan satu formula elektric, joule's law

H = i^2 x r X t

Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.

Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab efek el nino.

Contoh mudah: 


Peti ais

Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

Cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub,  

200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

Jadi dalam situasi sama semasa fenomena el nino,

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. ni dari segi teori...praktikal pulak lebih dari jumlah ni.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna kompressor.. air cond juga sama. 

Kita dulu kita set 20°.. sekarang tetap tidak berubah 20°.. tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dgn peti sejuk.. kita tidak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yang kita perlukan terangkan pada pengguna

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.


Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. j

Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. ada kes air cond terbakar sebab wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tariff elektrik. harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak. 

Maka harga blok tarif slps itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik shj dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. ramai pengguna yg heboh2 kat media sosial ni berlagak macam pandai tapi tariff letrik utk rumah tak boleh faham.
harap lepas ni rakyat malaysia lebih berilmu dan kurang tunding jari salahkan pihak lain.. - sumber



NGERI..!!! Ribut Tornado Terbangkan Pelajar Setinggi 4.5 Meter


Ribut tornado tiba-tiba muncul di padang permainan SD Gansu, Tiongkok pada kelmarin petang waktu tempatan. Ratusan pelajar kelihatan bertempiaran demi menyelamatkan diri dari ribut ganas tersebut.

Ketika kejadian, salah seorang saksi sempat merakamkan seorang pelajar diterbangkan ribut tornado sampai melayang di atas ketinggian sekitar 4,5 meter.

Tidak lama kemudia, pelajar lelaki itu terhempas kembali ke tanah. Ia kemudian dikejarkan ke Hospital kerana mangalami kecederaan di kepala.


Menurut laporan, ribut tersebut telah melanda di daerah lain dengan terjadinya badai pasir yang membentuk dinding pasir selama 10 minit. Menurutnya lagi ribut tersebut hanya melanda sekitar wilayah Gansu. Kejadian ini masih lagi dalam siasatan. - NGERI..!!! Ribut Tornado Terbangkan Pelajar Setinggi 4.5 Meter 



Merungkai Penemuan Pokok Yang Akarnya Menyerupai Tubuh Badan Perempuan Bogel


Semenjak penyebaran beberapa gambar pokok yang mempunyai akar berukuran sekitar 50 sentimeter di internet, sebuah pekan kecil yang terletaknya di Tiongkok, Thailand telah menjadi tumpuan umum dan para pengkaji untuk mengetahui lebih dekat lagi tentang penemuan tersebut.




Menurut saksi akar pokok tersebut benar-benar menyerupai tubuh badan perempuan yang sempurna sifatnya. Penemuan ini di temui oleh seorang pekebun kecil beberapa hari yang lalu. Dengan penemuan itu, beliau bercadang untuk menjualnya dengan harga 1200 Yuan besamaan RM 730.

Pokok yang mempunyai akar pelik itu adalah sejenis tumbuhan yang biasa di tanam oleh penduduk Tiongkok untuk dibuat ubat-ubatan tradisional yang mempunyai pelbagai khasiat. Ia juga mempunyai nilainya tersendiri.- Merungkai Penemuan Pokok Yang Akarnya Menyerupai Tubuh Badan Perempuan Bogel 


<a href="//www.youtube.com/watch?v=PVaGct5RNJo" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">Penemuan Pokok Yang Akarnya Menyerupai Tubuh Badan Perempuan Bogel </a>


Kecoh..!!! Penemuan Kasut Adidas Yang Dipakai Mumia Berusia 1500 Tahun (8Gambar)


 Khairulnizam.com - Medan sosial telah dikejutkan dengan artikel penemuan mumia yang usianya mencecah 1500 tahun (zaman kuno) dimana mayat tersebut ditanam dengan memakai kasut yang benar-benar menyerupai jenama terkemuka Adidas.

Mumia tersebut adalah seorang perempuan yang ditemui di Pergunungan Altai, Mongolia, lagi mengejutkan mumia tersebut mengenakan kasut menyerupai jenama Adidas ketika majlis pengkebumiannya. Oleh itu pelbagai andaian telah dibuat hingga begitu cepatnya berita ini tersebar di seluruh Dunia

 Adi Dassler (pengasasAdidas)
Menurut pengasas pengeluaran barangan Adidas Adi Dassler, barang yang pertama telah dihasilkannya ialah kasut bola pada tahun 1928 sewaktu sukan Olimpik. Pada ketika itu corak yang dikenakan adalah logo berline 3 dimana logo tersebut diguna pakai sehingga sekarang. Menurut beliau line 3 yang berada di tepi kasut keluaran Adidas dicipta khas untuk memberi ketahanan yang maksimum. Oleh itu penghasilan kasut bola rekaannya mendapat sambutan yang sangat menggalakan sehinggakan beliau menubuhkan perindustrian berjenama Adidas pada 18 Ogos 1949 iaitu 66 tahun yang lalu. Jauh sama sekali kelahiran Adidas pada tahun 1500 yang lampau.




Menurut beberapa penganalisis mendapati kasut yang dipakai oleh mumia berusia 1500 itu memang tepat menyerupai logo Adidas dan tiada sebarang bukti tentang pengeluarannya. Dengan penemuan yang menarik ini Dunia telah mendapat satu rumusan dimana pada zaman kuno dahulu kemahiran dan ketelitian, setiap pembuatan amatlah tinggi dan haruslah dijadikan contoh.  - Kecoh..!!! Penemuan Kasut Adidas Yang Dipakai Mumia Berusia 1500 Tahun (8Gambar)